fbpx

“Perjalanan Aku Bersama Tasneem Naturel” – Master Leader Tasneem

“Aida nanti bagi journey bersama Tasneem”

“Ok baik kak”

Dalam hati, apa nak cerita ni? Kalau ikutkan banyak pahit manis, jatuh bangun dalam Tasneem. Nak mula dari mana? Blurr hahaha

Bila bermula?

Bila join Tasneem? Aku mula join Tasneem secara serius pada March 2017. Masa ni daftar ejen RM 20.

Mami min tanya, “kenapa Aida nak buat Tasneem?”

“Saya nak tambah paip-paip rezeki saya”.

Alhamdullilah mami approved dan minta aku daftar. First month jadi ejen tak ada target pun. Target nak ada untung je masa tu. Nak jual banyak balm, lagi-lagi aku sendiri dah guna balm ni. Senanglah nak share pada orang lain.

Alhamdullilah first month 15 balm berjaya di jual.

Second month, mami tanya dalam group. Berapa target bulan ni?

“Saya nak jual 30 balm mami”

Confident je aku jawab. Cara nak jual macam mana? Pasti ada. Sondol je dulu. Nak jadi cerita, hari terakhir bulan April 2017 masa tu tiba-tiba customer nak beli 1 balm. Alhamdullilah tepat-tepat 30 balm aku jual.

Alhamdullilah, dengan izin Allah, bila buat target dengan yakin, keinginan untuk berjaya tu tinggi. Then, usaha tu akan datang.

Bulan kedua sertai Tasneem

Bulan seterusnya mami wish, “tahniah olea dapat first anak ejen”

Aku terfikir, perlu ke ada ejen bawah? Gerak sorang lagi senang. Tak payah ada team. Tak payah nak handle team.

Mami terang, korang kena ada team untuk growth lagi. Bantu orang lain untuk dapat apa yang kita dah dapat. Tak faham sebenarnya maksud mami. Kenapa nak bantu orang lain? Aku sendiri masih terumbang ambing.

Dalam tak faham, aku bina team aku sendiri juga. Dalam tak tahu, aku belajar juga macam mana nak coaching ejen.

One day, ejen aku mesej. “Alhamdullilah mak, saya dapat banyak ni untung, dapatlah belanja suami dan anak”.

Masa ni, feel rasa lain sungguh. Terharu. Gembira. Sedih. Semua ada. Tak sangka usaha kecil aku, dapat membahagiakan orang lain. Tak banyak Alhamdullilah sikit pun syukur.

Sikit demi sikit aku belajar ilmu business, cashflow dan teknikal. Aku diajar oleh founder, aku diajar oleh leader-leader dalam Tasneem, aku diajar oleh sahabat-sahabat seperjuangan aku.

Aku mula invest duit dan masa aku untuk pergi ke kelas. Aku dahagakan ilmu. Pernah sampai semua Road Tour yang dianjurkan HQ aku pergi. Dari Utara ke Timur. Dari Barat ke Selatan. Alhamdullilah suami dan anak setia menemani

Sokongan dari suami

Aku beruntung suami sangat menyokong penglibatan aku dalam business.

“Saya dapat RM 100 bulan ni yang”. “Tahniah yang”

“Saya dapat RM 900 bulan ni yang”. “Tahniah yang”

“Saya dapat RM 2700 bulan ni yang”. “Tahniah yang”

Nampak sesuatu? Jawapan suami aku sama je. Haha Dalam tutur kata beliau tak pandai nak ungkapkan. Tapi beliau biasanya buat dalam tindakan, tanda dia syukur dan sentiasa hargai usaha isteri.

Membina team dan branding sendiri

Sambung kisah membina team tadi. Hari demi hari, bulan demi bulan aku membina team.

Apa nama brand Aida? “Mom Little Qhalif”

“Panjang sangat, susah orang nak ingat”, kata Founder.

Terus aku pendekkan kepada MomQhalif. Walau aku tahu masih orang tak ingat ejaan nama brand aku. Hahah

Tapi aku suka nama ni. Sebab?

Aku adalah ibu kepada seorang khalifah. Yes, brand MomQhalif sebenarnya menceritakan jatuh bangun aku dalam business. Jadi aku nekad dengan nama “MOMQHALIF”

Bila team aku makin besar. Aku nak kesepakatan dan nak kan silaturrahim kami antara team kuat. Ukhuwah kami kuat.

Jadi aku rebrand nama team kepada “team MQ”. Team ibu-ibu kepada khalifah.

Jujur, untuk membina team bukan mudah. Adakala mereka bersama kita, adakala mereka pergi. Tapi aku? Aku kena tetap bersama pada yang masih ada. Aku kena setia dan bantu mereka yang benar-benar ingin mengubah hidup. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat untuk bantu mereka.

Setiap dari mereka ada 101 harapan dan impian yang mereka ingin capai. Jadi aku ada AMANAH besar untuk dilaksanakan.

Rasa ego, rasa cukup, akhirnya “STUCK”

Tahun 2018, aku dah rasa cukup stabil. Aku rasa cukup sampai di level Exec Leader. Di level ini pun aku rasa dah banyak income aku dapat.

Cukuplah. Janji aku maintain.

Satu hari, founder dan leader aku tanya, berapa exec leader korang hasilkan dalam team? Berapa leader ? Berapa senior ejen?

Aku buka genelogi. Team MQ tak ada lansung Leader. Senior Ejen adalah sorang dua.

LOOSER!!!

Macam ada satu suara bisik di telinga aku. Deep. Nangis.

Awal tahun 2019, sales dari team MQ mula turun naik. Lepas raya Aidilfitri, HQ anjurkan kelas ketuk-ketuk ejen. Patutnya pada tarikh kelas ni aku kena hantar adik sepupu masuk poli.

Tapi aku nekad nak juga pergi kelas ni. Pada masa sama, macam mana adik aku nanti? Siapa nak hantar?

Doa. Aku doa moga Allah izinkan aku hadir kelas ni dan pada masa sama dapat hantar adik aku masuk poli daftar semester baru. Alhamdullilah. Allah izinkan, tiba-tiba adik aku kena daftar awal seminggu dari tarikh tersebut.

Terima kasih Allah.

Masa kelas ketuk-ketuk ejen. En Khairul beritahu NO hidden agenda untuk bantu team kita. Payah. Selalunya pasti ada. Tapi aku usaha untuk berubah.

Tarbiah dan muhasabah diri

Dalam business tipu kalau aku kata, tak rasa down. Bila aku down, aku letak handphone tepi. Semua notification masuk aku biarkan. Aku kena elak aura negatif aku berjangkit pada anak-anak team.

Bukan business tuhanku, ALLAH tuhanku

Bukan team MQ tuhanku, ALLAH tuhanku

Bukan duit tuhanku, ALLAH tuhanku

Bukan Master Leader tuhanku, ALLAH tuhanku

Ini ayat aku selalu ungkap bila rasa sedih atau down. Rupanya aku ada Allah yang sangat dekat dengan aku. Cuma aku yang lalai untuk mengigatiNya.

Turning point

Julai 2019, aku dah hampir capai level Master. Tapi aku tak yakin, dah separuh perjalanan untuk capai. Tapi aku menidakkan usaha-usaha yang separuh itu kerana tidak yakin itu wujud.

Ogos 2019, diawal bulan aku rasa sangat yakin untuk push diri ke next level. Tapi bila berbaki 4 hari lagi sebelum closing, aku mula down dan give up. Tiba-tiba satu mesej masuk dari founder. Allahu. Ini rupanya keajaiban Allah nak beri.

Jika orang lain yakin dengan kemampuan aku, kenapa aku sendiri tak yakin? Aku mula semangat dan fight sehabis baik selagi belum masuk september 2019 masih ada peluang untuk aku.

Aku mula rangka strategi. Kata founder dan mami min diwaktu macam ni doa sungguh-sungguh dengan Allah. Hanya Allah dapat bantu. Allah Maha Kaya.

Jumaat, 30 Ogos 2019, jam 2.08 petang Alhamdullilah tiada daya upaya semua dengan izin Allah, aku berjaya capai target. Sedih. Nangis.

Akhirnya, Allah izinkan. Untuk aku sandang level Master Leader Tasneem Naturel.

Ikutkan terlalu banyak ingin aku ceritakan moment penting sepanjang aku dalam Tasneem, tapi cukup untuk kali ni. Terima kasih banyak semua ejen-ejen dalam team MQ, Mak sayang kome semua LillahiTaala ❤️

Syuhaidah Norazrin – Master Leader Tasneem Naturel

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart