Ini Perkembangan Bayi 6 Bulan Yang Ibu Ayah Wajib Tahu

Ibu ayah perlu peka tentang perkembangan bayi. Ini penting untuk ketahui sama ada ia normal atau tidak. Ini perkongsian perkembangan bayi 6 bulan yang ibu ayah wajib tahu.

Bila bayi sudah capai umur 6 bulan, ibu ayah pasti gembira. Banyak perubahan atau perkembangan yang dah dicapai oleh bayi.

Lagi-lagi melihat teletah bayi yang mencuit hati. Tetapi adakah perkembangan bayi seiring dengan umur mereka?

Perkembangan bayi 6 bulan

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi Ibubapa. Ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.

Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.

Setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.

Kredit kepada My Portal Health.

Perkembangan fizikal

Pada umur 6 bulan secara purata bayi akan mempunyai berat sekitar 6 hingga 10 kg bagi bayi lelaki manakala 5 ke 9.9 kg bagi bayi perempuan. Kebiasaannya berat bayi pada umur ini dua kali ganda dari berat masa bayi lahir.

Selain itu, bayi umur ini sudah boleh tidur sekitar 6 hingga 8 jam pada sebelah malam.

Perkembangan kognitif

Kemampuan kognitif bayi adalah cara bayi dalam belajar berfikir, mengingat, membayangkan dan mengumpulkan maklumat.

Antara perkembangan kognitif bayi 6 bulan ialah seperti berikut

  • Tahu apabila nama di panggil
  • Mengenali wajah yang selalu bersama atau berinteraksi dengan mereka
  • Mula belajar mengekspresikan emosi seperti gembira dan sedih
  • Suka meneroka sekeliling dengan menyentuh dan merasa
  • Mula buat bunyi-bunyi seperti “eh”, “oh”, “ah”
  • Membuat bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b” seperti memanggil “mama” dan “baba

Perkembangan motor

Antara perkembangan yang berlaku pada sekitar bayi usia ini ialah

  • Boleh duduk dengan sendiri/ duduk dengan soongan
  • Mengambil dan membawa barang dekat ke badan
  • Mengalihkan objek seperti mainan dari satu tangan ke tangan yang lain
  • Menyokong badan dengan sendiri jika diduduk kan

Selain itu deria penglihatan bayi juga bertambah baik. Bayi mudah tertarik dengan objek yang berkilat dan berwarna-warni.

Perkembangan lain bayi 6 bulan

Pada umur 6 bulan bayi suka berinteraksi dengan orang yang di kenali nya. Terutama ibu dan ayah. Jadi ia masa yang sesuai bagi ibu ayah meluangkan masa untuk bermain dengan si manja.

Sesi bermain bersama ibu ayah akan menjadi sesi perkembangan bahasa untuk bayi belajar. Ibu ayah boleh tunjukkan gambar haiwan dan sebutkan nama. Sesi seperti ini pasti menyeronokkan !

Selain itu, peringkat umur 6 bulan ini bayi sudah pun boleh diberi makanan pepejal. Baca Jadual makan bayi 6 bulan.

Kesimpulan

Apa yang dikongsikan ini ialah perkembangan bayi 6 bulan secara umum. Jika perkembangan bayi lewat jangan risau, setiap anak itu perkembangan nya berbeza.

Untuk ibu ayah yang kurang yakin perkembangan bayi boleh berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk dapatkan nasihat dari yang pakar dan jangan lupa ikuti pemeriksaan bulanan bayi setiap bulan di klinik.

Moga perkongsian ini membantu ibu ayah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart