Anak batuk ? Batuk jadi kencang lagi-lagi sebelah malam. Sampai susah nak tidur. Kesian sangat anak. Ini petua hilangkan batuk budak. Mudah sangat untuk diamalkan dari rumah sahaja.
Apa itu batuk ?
Menurut Portal Rasmi MyHEALTH batuk adalah tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Petua hilangkan batuk budak
Cuaca tak menentu, lagi dengan musim jerebu. Anak mudah sangat terdedah dengan pencemaran, mudah pula dijangkiti batuk.
Paling kesian sebelah malam pasti batuk jadi lagi kencang. Sehingga kan tidur anak jadi terganggu. Tambahan, jika anak dah mula bersekolah pasti tertinggal pelajaran di sekolah.
Ini petua boleh anda amalkan hanya dari rumah sahaja.
1. Madu
Kajian menunjukkan bahawa madu boleh mengurangkan batuk dan meningkatkan kualiti tidur, terutamanya pada kanak-kanak yang mengalami batuk.
Madu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi serta mempercepatkan proses penyembuhan.
Ada beberapa cara boleh dibuat menggunakan madu. Paling mudah suapkan satu sudu madu ke mulut anak. Amalkan pengambilan madu ini sehingga sembuh.
Selain itu boleh diamalkan dengan campuran air suam dan lemon.
Diingatkan madu TIDAK SESUAI untuk anak setahun kebawah. Ini kerana boleh berisiko mendapat botulisme.
2. Air garam
Menggunakan air garam dengan cara berkumur-kumur.
Berkumur dengan air garam suam boleh membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan untuk sakit tekak yang dialami oleh anak.
Campurkan 1/2 sudu teh garam dalam segelas air suam dan kumur selama 15-30 saat sebelum meludahkannya.
3. Ubat titis hidung
Di pasaran terdapat pelbagai jenama ubat titis hidung ini. Ubat titis hidung ini sangat membantu ketika hidung anak tersumbat.
Terutama sebelah malam, suhu agak sejuk. ia menyebabkan hidung tersumbat. Ini menyukarkan anak untuk bernafas dengan selesa. Jadi titiskan ubat ini untuk beri kelonggaran pada rongga hidung.
4. Air rebusan buah pear (Chinese White Pear)
Tahukah anda buah pear mampu membantu mengeluarkan dan menghilangkan kahak dan batuk dari segi masalah pernafasan atau radang bayi dan kanak-kanak secara semulajadi tanpa ubat.
Selain itu buah ini juga mampu menurunkan suhu demam kerana sifatnya yang sejuk. Cara pengambilannya buat anak hanya makan terus buah ini atau boleh buat potongan kecil. Memudahkan anak makan.
5. Pengambilan air yang cukup
Air suam atau ari sejuk boleh dijadikan ubat batuk yang baik kerana ia membantu menipiskan kahak dan menjadikan anak lebih mudah batuk.
Pengambilan air mencukupi juga membantu memastikan anak kekal terhidrat. Berikan mereka air sejuk, jus sejuk atau suam, mahupun teh herba suam tanpa kafein.
6. Sapu minyak cengkih
Minyak cengkih ini mampu melegakan batuk, mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan dan membantu tidur lebih lena.
Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.
Anda boleh gunakan minyak cengkih Wagas. Ia nya sangat membantu ketika anak batuk selsema. Selain itu, jika anak ada hidung tersumbat boleh juga sapukan minyak wagas ini. Baca lebih lanjut mengenai Minyak Wagas.
Dapatkan minyak wagas (minyak cengkih) di shopee. KLIK SHOPEE dibawah.
7. Pelekat batuk
Anda boleh iktihar lekatkan pelekat batuk No More Cough Relief Patch ini. Dalam pelekat ini terdapat pelbagai herba semula jadi.
Antara nya ialah Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.
Cara penggunaannya pun mudah sahaja, lekatkan pelekat ini di belakang dan dada anak sahaja. Jangan risau ibu ayah, pelekat ini tidak panas. InshaAllah seawal 3 hingga ke 4 hari boleh tengok perubahan pada anak.
Boleh dapatkan pelekat ini di shopee. KLIK DIBAWAH.
8. Air Kelapa
Ini salah satu petua untuk hilangkan batuk budak. Anda boleh beri anak minum air kelapa yang asli tanpa campuran gula, ianya sangat membantu kahak keluar melalui hingus atau najis. Tetapi air kelapa ini tidak sesuai lagi untuk bayi 6 bulan kebawah.
9. Thermal steam therapy
Kaedah ini memerlukan, anak untuk duduk berdekatan dengan air humidifier beberapa minit atau letak muka diatas permukaan mangkuk air panas. Ini bertujuan untuk dapatkan wap dari air panas tersebut.
Anda juga boleh titis sedikit minyak cengkih kedalam air panas, supaya khasiatnya sampai melalui wap tersebut.
10. Cough Remedy
Cough Remedy ini menggunakan bahan alami yg dikongsi Dr Rizal Abu Bakar.
Caranya ialah:
- Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
- Leraikan lapisan bawang tadi.
- Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
- Gaulkan biar rata.
- Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
- Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya seperti ubat batuk, tujuan cough remedy ini untuk keluarkan kahak dengan mudah inshaAllah. Petua ini sudah biasa diamalkan orang barat. Bolehlah cuba di rumah.
Kesimpulan
Ini antara iktihar anda boleh amalkan dirumah. Ia nya mudah dan tak memerlukan bahan yang susah dicari. Moga ini membantu anda melegakan batuk anak-anak di rumah.
Cuma diingatkan, pantau tahap kesihatan anak. Lihat tanda-tanda yang membimbangkan. Bawalah ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan dari doktor.
Hal ini kerana batuk juga ada pelbagai jenis. Jika ia berlarutan terus berjumpa doktor.
What do you think?