fbpx

Petua hilangkan batuk dan kahak anak bawah setahun secara semula jadi

PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK ANAK BAWAH SETAHUN Bila anak bawah setahun kena batuk dan diikuti ada kahak, memang merisaukan. Apa tidaknya, anak umur bawah setahun kalau batuk berkahak tidak digalakkan mengambil ubatan. Kecuali atas

PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK ANAK BAWAH SETAHUN

Bila anak bawah setahun kena batuk dan diikuti ada kahak, memang merisaukan. Apa tidaknya, anak umur bawah setahun kalau batuk berkahak tidak digalakkan mengambil ubatan. Kecuali atas nasihat doktor. Pengambilan ubatan tanpa nasihat doktor bagi anak bawah setahun boleh membahayakan.

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Jadi apakah jalan penyelesaian bagi anak bawah setahun yang terkena batuk berkahak ini? Anda boleh ikuti petua di bawah untuk atasi masalah ini.

1. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

2. BAWANG PUTIH

Ada 2 cara yang boleh anda lakukan menggunakan bawang putih. Pertama, bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak. Cara kedua, bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

3. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

4. KUNYIT

Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

5. SAPUKAN CF-RUB BALM & TEPUKAN PRECUSSION

Kaedah ini saya guna apabila anak saya terkena batuk berkahak. Saya sapukan CF-Rub balm pada tapak kaki, sepanjang tulang belakang, dada dan batang hidung anak. Buat urutan lembut pada anak.

Kemudian, saya buat tepukan precussion bertujuan untuk longgarkan kahak yang ada dalam paru-paru anak. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung. Boleh lihat video dibawah untuk rujukan anda,

AKHIR KATA

Semoga tips ini membantu anda berikhtihar untuk anak anda terutamanya yang berumur bawah setahun. Dan semoga anak-anak anda cepat sembuh dan sihat dengan izin Allah!

Nak dapatkan CF-Rub balm Tasneem Naturel untuk persediaan anak dirumah boleh klik link dibawah :

                  WHATSAPP MomQhalif

 

Beli di shopee MQ

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge