Petua Hilangkan Demam Dan Batuk

Petua hilangkan demam dan batuk ini saya kongsi berdasarkan pengalaman saya sekeluarga semasa disahkan positif Covid-19 tahun lalu. Ia satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Saya kongsi kan disini moga membantu anda diluar sana yang mengalami demam batuk biasa atau terkena jangkitan covid-19 atau seangkatan dengannya.

Pandemik Covid-19

Pandemik COVID-19 di Malaysia merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2)

Ia merupakan satu fenomena yang menggerunkan seluruh dunia. Sehinggakan, banyak negara lumpuh dari segi ekonomi akibat dari merebaknya wabak ini.

Mungkin ada tertanya, apakah simptom-simptom Covid 19 ini pada orang dewasa dan kanak-kanak ? Boleh rujuk poster dibawah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.

Tanda-tanda orang dewasa dijangkiti covid-19
Tanda-tanda kanak-kanak dijangkiti covid-19

Moga ini boleh menjadi panduan semua. Simptom inilah yang berlaku pada saya sekeluarga, dari simptom ini kami buat ujian saringan. Dari ujian saringan tersebut kami didapati positif Covid-19.

Perasaan ketika itu tak dapat saya gambarkan. Paling merisaukan saya ialah kesihatan anak-anak. Jadi dari pengalaman inilah kemudian nya saya mula amalkan petua hilangkan demam dan batuk.

Iktihar untuk sihatkan diri dan keluarga disamping mengambil ubat-ubatan yang doktor sarankan pada kami sekeluarga.

Petua hilangkan demam dan batuk

Pengalaman saya sekeluarga alami batuk berpanjangan selepas disahkan positif covid-19 tahun lalu. Ini antara apa yang kami lakukan dan amalkan.

Selepas saya sekeluarga pernah disahkan positif covid dulu, anak-anak mudah sangat dijangkiti demam, selsema dan batuk berkahak.

Paling susah hati bila batuk yang dialami sukar sembuh dan berpanjangan berbulan-bulan. Ada ketika batuk sembuh, tapi selang beberapa hari mula batuksemula. Kadang buntu kami sekeluarga, sebab ubat hospital pun dah ambil, keadaan masih sama.

Malah makin menjadi-jadi. Mungkin disebabkan antibodi kami tak kuat.

petua-hilangkan-demam-dan-batuk

Betul lah orang kata, Untuk kesembuhan kita boleh amalkan tips secara moden dan juga tradisional. Asalkan tips yang di amalkan tidak memudaratkan.

Pengambilan Vitamin C

Ini salah satu petua hilangkan demam dan batuk yang saya amalkan. Alhamdullilah ia membantu boost kesihatan dan antibodi saya.

Saya amalkan pengambilan Vitamin C setiap hari iaitu makan buah-buahan yang tinggi vitamin C seperti buah oren dan nenas. Juga amalkan pengambilan vitamin C Shaklee.

Antara kelebihan Vitamin C ini ialah memperkuatkan sistem pertahanan tubuh badan dari dijangkiti dan melawan penyakit.

Petua-hilangkan-demam-dan batuk

Berkumur dengan air suam dan garam

Petua ini saya amalkan setiap pagi sepanjang kena covid dulu. Saya berkumur dengan air suam yang dicampurkan garam.

Berkumur air garam dapat membantu mengatasi infeksi dengan mencegah infeksi menjadi bertambah parah. Infeksi yang dimaksud termasuk infeksi virus atau bakteri.

Makanan Sunnah

Selain itu, saya banyak juga amalkan pengambilan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan kurma Juga saya elakkan makan makanan segera.

Boleh dapatkan makanan sunnah ini di shopee. KLIK SINI

Petua-hilangkan-demam-dan-batuk

Pelekat batuk No More Cough

Pelekat batuk ini memang saya sediakan dirumah. Membantu sangat buat saya dan anak-anak yang kadang kala susah untuk makan ubat.

Pelekat batuk No More Cough ini diperbuat dari 100% herba. Sesuai digunakan bermula bayi umur 3 bulan sehinggalah dewasa. Cara penggunaan nya pun mudah sahaja. Hanya tampalkan depan dan belakang badan. Biasanya saya tampalkan sebelum tidur.

Pelekat batuk ini juga terdapat dalam 2 pilihan iaitu untuk kulit sensitif dan juga kulit normal. Jadi boleh pilih mana yang sesuai dengan kulit.

Pelekat ini agak susah juga nak cari, sebelum ini hanya dapat dari klinik. Jadi anda bolehlah dapatkan di SHOPEE, KLIK SINI

Sapu Minyak Cengkih

Untuk petua seterusnya, saya sapukan minyak cengkih wagas oil. Minyak ini membantu meredakan batuk, sakit tekak dan juga kahak.

Minyak cengkih ini saya sapukan sekerapnya. Terutama belah siang. Minyak ini tidak panas, ia sesuai digunakan dari newborn hingga dewasa. Bila hidung tersumbat pun saya sapukan minyak ini.

Saya gunakan minyak cengkih dari Ikhlas Herbs iaitu Wagas Oil. Jika anda mencari wagas oil ni berhati-hati. Dipasaran banyak yang jual fake.

Jika nak yang original boleh dapatkan di sini SHOPEE. KLIK SINI

Cough Remedy

Cough Remedy ini menggunakan bahan alami yg dikongsi Dr Rizal Abu Bakar. Dsini saya kongsikn cara membuatnya, moga bermanfaat untuk semua.

Caranya ialah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  6. Ambil satu sudu dan minum.
cough-remedy-petua-hilangkan-batuk

Rasanya seperti ubat batuk, tujuan cough remedy ini untuk keluarkan kahak dengan mudah inshaAllah. Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai amalkan sudah lama. ‘Homemade remedy’ untuk batuk. Bolehlah cuba di rumah.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, apa yang dikongsikan ini adalah antara ikhtiar untuk mengurangkan demam, batuk, kahak dan selsema.

Apa yang penting adalah rawatan atau pemeriksaan doktor wajib dibuat terlebih dahulu. Ini penting untuk mengetahui tahap kesihatan kita dapat dikenal pasti. Terutamanya anak-anak yang masih kecil.

Jika ada yang nak bertanya lebih lanjut pengalaman saya ini boleh juga whatsapp saya. Klik logo whatsapp dibawah.

Perkongsian ini dari penulis Puan Buyana Yahya.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart