Punca Bayi Kuning Dan Cara Rawatan Yang Betul

Baru beberapa hari jenguk dunia, baby pula disahkan jaundice. Bacaan pulak tinggi, sampai buatkan ibu tersangat susah hati. Mana tak susah hati bila tengok bayi asyik menangis tiap kali kena ambil darah. Lagi meruntun hati ibu, bila ada yang share dalam media social tangan bayi membengkak biru, bila terlalu kerap diambil darah.

Pengalaman seorang ibu, bacaan kuning bayi tinggi

Pengalaman ini, berlaku pada saya sendiri. Bila Mana bayi yang dilahirkan normal tanpa sebarang masalah. Namun bila masuk hari ketiga, bacaan kuning bayi semakin tinggi. Bacaan mencecah 285 dan hampir kena warded masa ni. Hati ibu mana tak resah bila memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan. Ditambah pula, ibu masih dalam fasa untuk pulihkan tenaga akibat dari proses bersalin.

Memikirkan keadaan semasa bayi dan ibu yang merumitkan pelbagai ikhtiar dilakukan bagi membantu bacaan kuning bayi turun pada paras normal. Air tawar atau air jampi diambil dari ustaz-ustaz, ibu pun kerap menyusukan bayi dengan harapan bayi kerap membuang dan kuning akan cepat turun. Namun semua hampa.

Tertarik dengan perkongsian beberapa sahabat dalam media sosial, yang mana ramai berkongsi tentang T-RUB balm dari Tasneem Naturel yang dapat membantu bacaan kuning bayi turun dengan cepat.

Syukur hasil penggunaan balm tersebut sangat membantu bacaan kuning bayi turun dengan cepat.

Punca demam kuning berlaku pada bayi baru lahir

Kebelakangan ini boleh dikatakan 80% bayi yang dilahirkan akan menghadapi masalah demam kuning atau jaundis yang tinggi. Namun masih ramai yang tak tahu, adakah jaundise dikalangan bayi baru lahir adalah normal?

Menurut Pakar Perundingan Kanak-kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail, demam kuning atau jaundice adalah masalah biasa yang dialami oleh hampir 70% bayi yang baru lahir.

Demam kuning ini biasanya terjadi apabila bilirubin berlebihan di dalam darah. Potensi bayi yg mendapat jaundise adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mempunyai kumpulan darah O. Umumnya, masalah demam kuning ini lebih mudah dikesan dalam cahaya semulajadi (cahaya tanpa bantuan lampu) dan biasanya ianya sukar dikenal pasti bagi bayi yang berkulit agak gelap.

Gejala bayi kuning

Punca demam kuning

Ramai yang tidak sedar demam kuning dalam kalangan bayi ini jika tidak dicegah atau dirawat dengan segera akan mengganggu perkembangan fungsi otak bayi, antaranya akan mengakibatkan sawan dan otot akan menjadi lemah serta beberapa kesan lain lagi.

Sungguh pun jaundis ni dianggap normal dalam kalangan bayi. Namun kita juga perlu tahu,apakah punca yang menyebabkan jaundis ini?

  • Bayi pramatang – dilahirkan tidak cukup bulan atau sebelum 37- minggu kehamilan
  • Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula yang mencukupi. Ia sama ada kerana kesukaran untuk menyusu atau ketiadaan susu ibu
  • Bayi yang mempunyai jenis darah yang tidak sesuai dengan jenis darah ibunya.

Bagi bayi jenis darah tidak sesuai dengan ibu mereka boleh mengembangkan penghasilan antibodi yang memusnahkan sel darah merah. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan kenaikan kadar bilirubin secara tiba-tiba.

Selain itu punca lainnya juga adalah seperti :-

  • Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain
  • Masalah hati
  • Jangkitan
  • Kekurangan enzim (G6PD)
  • Kelainan pada sel darah merah bayi

Selain diambil darah pada bayi, kuning pada bayi juga dapat dikenalpasti dengan cara menekan jari secara perlahan pada bahagian kulit bayi (pipi, badan). Jika tekanan itu menyebabkan kulit bayi menjadi kuning, itu bermakna bayi anda ada jaundis.

Kita juga dapat kenal pasti pada habit bayi. Yang Mana, bayi yang ada jaundis kebiasaannya tidak aktif dan suka tidur selain sangat sukar untuk menyusu.

Rawatan untuk bayi kuning

Rawatan yang selalu dilakukan adalah seperti berikut

Fototerapi

Fototerapi ialah rawatan yang meletakkan bayi di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing dan najis.

Susu ibu

Susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada bayi untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan agar paras bilirubin dapat dikurangkan dengan lebih cepat.

Jika kita perasan bayi yang terkena jaundice lebih suka tidur berbanding berjaga. Apa yg perlu dilakukan adalah kejutkan bayi sekerap yang mungkin untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.

T-Rub balm dan Calm Time balm bantu bayi lawas

T-rub balm ini balm untuk bantu baby lawas, bila baby banyak berak, kuning memang turun sebab bilirubin itu keluar melalui najis dan air kencing. Selain itu, T-rub ni mmg balm penting untuk baby tak perlu sapukan minyak telon lain lagi.

Paling best baby insyaAllah tak kembung langsung.

Calm time balm pula, dalam balm ini ada Essential oil geranium. Essential Oil geranium ini memang ada fungsi untuk hati. Untuk masalah hati seperti jaundice, itu sebab saya sapukan calm balm sekali. Calm ni kena sapu pada area hati bayi

Set baby kuning

Ini berdasarakan pengalaman dan iktihar yang saya lakukan semasa anak ketiga saya dilahirkan. Alhamdullilah membantu. Apa pun yang penting ialah susu ibu itu sendiri. Cabaran bila bayi kuning, bayi lebih kerap tidur dari berjaga. Jadi ibu-ibu perlu kejutkan bayi. Apa yang saya buat, saya gelikan tapak kaki bayi.

Kuning baby turun
Perkongsian ibu lain yang menggunakan T-rub balm sebagai iktihar kuning

Semoga dari perkongsian saya ini dapat memberi bermanfaat untuk semua ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin iktihar menggunkan T-Rub Balm boleh terus klik gambar whatsapp dibawah. Semoga baby kita semua dipelihara kesihatan ya.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart