Punca Sembelit Di Kalangan Bayi Atau Kanak-Kanak

Bila suruh anak berak dia tak nak, sakit katanya. Tak sanggup rasa tengok anak tiap kali nak membuang mesti menangis dan meraung. Itu belum lagi anak-anak yang dah pandai cakap, “sakit ibu…sakit”. Kadang heran apalah punca anak mudah sembelit.

Sembelit berlaku apabila najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi buang najis berbeza mengikut umur;

  • Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
  • Bayi susu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2 hingga 3 hari.

Kesan-Kesan Sembelit Pada Bayi Atau Anak

  1. Sakit perut yang datang dan pergi
  2. Rasa tidak selesa. Bagi sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
  3. Luka di dubur yang boleh sebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis
  4. Anak jadi takut membuang najis untuk elakkan rasa sakit
  5. Kadang kala ketulan najis yang keras dapat dirasa di perut.
  6. Sembelit berpanjangan sebabkan najis keluar tanpa sedar selalunya dilaporkan oleh ibubapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam atau pamper anak.

Punca-Punca Anak Sembelit

Antara sebab anak mudah kena sembelit yang pertama ialah semulajadi. Sesetengah kanak-kanak alami keadaan diaman usus besar mereka kurang aktif daripada biasa.

Punca kedua ialah boleh terjadi apabila anak tak endahkan rasa untuk membuang air besar. Boleh jadi bila anak leka bermain atau mungkin disebabkan tak selesa menggunakan tandas lain.

Punca ketiga disebabkan anak menahan rasa nak membuang kerana takut sakit semasa proses membuang.

Punca terakhir ialah disebabkan pemakanan yang kurang serat, kurang air dan terlampau banyak makan makanan dari produk tenusu.

Bagaimana Merawat Sembelit?

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, ibu bapa boleh bertanya doktor sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara-cara berikut juga boleh membantu:

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.
  • Sapukan T-rub balm bagi membantu anak yang sembelit

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.

Tips lain untuk merawat anak sembelit bolek klik sini

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart