Risau Baby Ada Kuning ? Ini Tips Kurangkan Kuning Baby

Hari ini Iza terpanggil untuk berkongsi pengalaman Iza semasa anak kedua ada Jaundice. Setahu Iza, baby Kuning atau Jaundis ni memang sinonim dengan baby yang baru di lahirkan . Boleh di katakan kalau 100 baby di lahirkan mungkin 5 sahaja mungkin tak ada masalah kuning . Untuk info, baby kuning atau jaundice ni terbahagi kepada 2 ketegori iaitu PHYSIOLOGIC JAUNDICE & PATHOLOGIC JAUNDICE.

Apakah perbezaan antara kedua-dua kategori jaundice ini, baca lebih lanjut dibawah.

Kategori Jaundice

Physiologic jaundice adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan. Manakala,  

Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera

Penyakit kuning biasanya berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan. Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.

Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut. Di sebabkan itu AMAT PENTING kita merawat masalah jaundis atau demam kuning ni .

Antara faktor yang menyebabkan bayi kuning ialah bayi mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, masalah darah merah yang mudah pecah, kurang menyusu dan jenis darah berlainan di antara ibu dan anak.

Ini Pengalaman Iza dan cara iza mengurangkan kuning anak

Sebagai seorang ibu Iza juga mengalami masalah yang sama selepas melahirkan baby . Rezeki anak sulung tiada kuning .Tetapi untuk anak nombor dua iza sekeluarga diuji apabila anak kedua ini ada kuning . Risau tak terkata, dengan sakit bersalin pun tak habis lagi, tak sanggup nak tengok anak kena cucuk hari-hari . Iza dan suami pun letih pergi balik bawa anak cucuk untuk check kuning .

First day, balik rumah Iza memang memakai balm Tasneem Naturel iaitu T RUB & CALM TIME balm . T-Rub Balm ni memang fungsi utama untuk membantu proses pencernaan dan penghadaman supaya baby kerap berak dan kencing . Seperti yang kita tahu jaundis atau kuning ni akan turun melalui najis baby . Sebab tu T Rub balm sangat-sangat membantu . Selain dari masalah tu T Rub balm juga membantu baby dari masalah kembung so ibu tak perlu risau anak kembung malam dan sebagainya. So ibu kalau pakai T RUB balm ni tak perlu dah pakai minyak telon lain untuk perut baby. Sebabnya T RUB balm dah cover semuanya.

Manakala CALM TIME pula iza sapu di salur ulu hati . Seperti yang di terangkan di atas , penyakit kuning biasanya berlaku di sebabkan organ dalaman baby belum cukup matang . Dalam CALM TIME ada Essential Oil yang boleh bantu atasi masalah jaundice iaitu Essential Oils Geranium.  Ia dapat membantu mempertingkatkan fungsi hati supaya berfungsi lebih baik untuk singkirkan biliribun yang berlebihan . Selain dari tu Calm Time juga membantu baby tidak meragam , mudah tidur dan di uruskan . Ibu boleh berpantang dengan tenang.

Cara Penggunaan Set Jaundice Tasneem

Cara pakai T-rub balm & Calm Balm waktu anak jaundice

T RUB sapu kt perut mengunakan urutan I LOVE YOU,  betis dan tapak kaki 2 jam sekali, sebelum & selepas menyusu. Dan tiap kali lepas mandi. Ini bertujuan untuk merangsang baby kerap berak dan kencing. Supaya bilirubin yang berlebihan dapat disingkirkan dan bacaan kuning InshaAllah turun dengan cepat.

CALM TIME  tu pula sapukan kerap pada kawasan hati. Atas perut sikit. Dalam calm time ni, ada Essential Oils geranium yang membantu turunkan jaundice baby.

Semoga perkongsian saya ini membantu ibu-ibu, iktihar untuk anak selagi ia tidak merbahaya. Macam iza sangat yakin dengan produk keluaran Tasneem ini sejak anak yang sulung lagi Iza gunakannya. Alhamdullilah sekarang anak kedua pula yang gunakan dan ia serasi. Lagi-lagi sangat membantu Iza ketika berpantang dan ketika anak kena kuning.

Tak salah beriktihar untuk anak. Untuk ibu-ibu yang nak tahu lebih lanjut pengalaman iza atau nak bertanya mengenai set Baby Kuning Tasneem ini boleh teruk klik gambar whatsapp dibawah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1 Comment
  • Nia Hayes - ShunCy
    April 10, 2022

    Ini tips jual ada bisa digunakan untuk kasus risau baby keperluan nya. Kemudian ketika menderita ini dengan melihat ikut tip. Kemudian saya membiarkan beberapa contoh saja
    Jangan lupa like saya di Instagram agar informasi tersebut dapat ditukar bersama orang lain bukan? dan di Instagram ketika mendapat info sesuai biasanya saya harus laki-laki mencoba kasihat bersama seseorang? yaka bukan dah mu?
    Untuk ia perlu penghibur, kemudian disini aku membuat segi tip untuk kamu karena kalo melihat risau sama halnya untuk pengguguran dengan cepetnya masak untuk pengulang kaki, penjajaran ke bakal pun berputar mat dll dan ia sudah makhir. Lalu kot kalami dengan harga…
    Nia Hayes – ShunCy recently posted…How to grow garlic in TexasMy Profile

1
Your Cart