Ibu ayah mesti teruja menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga, lagi-lagi bayi pertama dan semestinya ibu ayah juga sangat teruja untuk membeli kelengkapan bayi. Disebabkan terlalu teruja, kadang kala perkara yang dibeli bukanlah keperluan penting.
Ini saya kongsikan tips dari Puan Intan Jastina Jamaluddin panduan asas membeli kelengkapan bayi baru lahir.
1. Set Tilam
Beli set tilam beserta dengan satu bantal tidur dan dua bantal peluk. Pastikan tilam di perbuat daripada kain cotton sepenuhnya.
2. Selimut (hood)
Pastikan anda membeli selimut yang ada penutup kepala di hujungnya (hood). Selimut ini bukan sahaja berfungsi semasa bayi tidur, malah boleh digunakan semasa mahu membawa keluar seperti ke hospital.
3. Kain Lampin
Beli kain lampin yang tebal. Tidak perlu membazir dengan membeli terlalu banyak. Biasanya kain lampin ini digunakan sebagai bedung bayi. Lampin berwarna putih adalah lebih tebal dan berkualiti daripada kain lampin yang bercorak.
4. Set Mandian Bayi
Set mandian khusus untuk bayi perlu dibeli kerana dia perlukan barangan yang sesuai dengan kulitnya yang halus. Belilah satu set bersaiz sederhana yang tahan untuk kegunaan selama sebulan. Set mandian ini termasuklah gel mandian, syampu, losen dan bedak.
5. Stokin Tangan dan Kaki
Stokin tangan dan kaki perlu dibeli banyak. Sebaik-baiknya enam pasang. Hal ini kerana anda perlu kerap menukar pemakaiannya setiap hari.
6. Baju
Jumlah baju yang sesuai dibeli untuk bayi adalah 10 hingga 12 pasang sahaja. Semua baju ini tidak boleh dibeli didalam saiz baru lahir sepenuhnya. Bayi cepat membesar, jadi seelok-eloknya beli baju dengan satu saiz lebih besar iaitusaiz 3-6 bulan.
7. Barut Bayi
Barut penting untuk bayi. Walaupun ada barut jenis tampal (velcro) yang lebih mudah dan praktikal, namun barut bertali daripada kain cotton jangan dilupakan. Jenis ini lebih tahan lama penggunaanya walaupun dibasuh berkali-kali.
8. Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang saiz bayi baru lahir antara yang perlu dibeli. Namun,jangan dibeli dalam kuantiti yang terlalu banyak keran bayi cepat membesar. Malah anda juga belum mengetahui keserasian lampit terbabit dengan kulit bayi. Cukuplah sekadar satu pek sahaja.
9. Besen Mandian
Dengan perkembangan idea dan industri peralatan bayi, pelbagai jenis besen mandian khas bayi wujud di pasaran. Ada yang jenis besen besar yang biasa, ada yang seperti pelampung, yang mudah dibawa berjalan, konsep hammock dan banyak lagi. Perkara paling asas ialah anda memerlukan bekas untuk mengisi air dan memandikan bayi anda.
10. Kits Kesihatan Bayi
Bayi baru lahir mempunyai antibodi yang rendah, jadi ada bayi yang mudah terkena batuk selsema. Selain itu, mudah juga bayi baru lahir terkena kembung perut. Pasti dalam keadaan ini bayi susah tidur dan mudah pula meragam. Jadi Kits kesihatan dari balm Tasneem Naturel sangat penting untuk persediaan bayi.
Moga panduan ini dapat membantu para ibu bapa menyediakan kelengkapan bayi dengan sebaiknya.
What do you think?