Serik Dengan Petua Merapu, Ibu Jumpa Cara Hilangkan Kuning Yang Terbukti Lebih Berkesan

Cara hilangkan kuning yang terbukti berkesan untuk bayi saya. Ini saya kongsikan pengalaman saya.

Baru beberapa ketika gembira bila selamat melahirkan bayi. Namun, hati saya dihambat rasa gelisah bila dengar perkataan, anak awak kena “kuning”. Luluh hati bila setiap kali melahirkan, pasti perkara ini yang terjadi lagi.

Jaundice adalah warna kulit dan mata putih (sclera) menjadi kekuningan disebabkan oleh meningkatnya kadar Bilirubin dalam darah

Apa itu kuning atau jaundice?

Jaundice/jaundis ataupun kuning adalah warna kulit atau mata putih menjadi kekuningan disebabkan peningkatan pigmen bilirubin terhasil dari pemecahan sel darah merah. Secara am nya, bilirubin ini akan diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan melalui najis atau air kencing.

Bilirubin adalah sejeni pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian di proses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis dan air kencing

Adakah jaundis ini normal dan apakah jenis-jenis jaundis ?

Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama. Pensyarah dan Pakar Genetik, dari Jabatan Pediatrik, dan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Suriani Yusoff, menurut beliau penyakit bayi kuning terbahagi kepada dua jenis iaitu Fisiologi Jaundis dan Patologi Jaundis.

Fisiologi Jaundis , kuning bayi dikesan dalam masa singkat biasanya terjadi kepada bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari ketujuh dan tidak membahayakan serta tidak memerlukan rawatan. Manakala, Patologi Jaundis akan dapat dikesan selepas kelahiran dan memerlukan rawatan segera. Tapi, jika keadaan kuning mengambil masa lebih daripada 14 hari untuk hilang bagi bayi cukup bulan dan lebih 21 hari bagi bayi pramatang akan dikategorikan sebagai “Jaundis berpanjangan“, dimana bayi diambil darah dengan agak banyak untuk menyiasat keadaan kalau bayi ada masalah fungsi hati yang serius.

Kesan jika kuning tidak dirawat?

  • Ganguan pendengaran dimana berlaku kerosakan pada bahagian otak yang mengawal sistem pendengaran.
  • Kerosakan otak yang serius (kernicterus).

Haruskah saya bimbang setiap kali anak kena Jaundice?

Ya. Anak pertama dan anak kedua saya, dua-dua kena Jaundis cuma sedikit berbeza ‘patern’. Kuning anak sulung adalah tinggi sehingga “warded” dan terpaksa guna ‘phototheraphy’ dan anak kedua pula, bacaan kuning sederhana dan tak gunakan kaedah petua atau perlu prosedur hospital untuk sembuh.

Dua pengalaman yang cukup berbeza. Kerana cara saya tangani dan pilih adalah berbeza. Anak sulung dengan petua orang tua sehingga “warded” dan anak kedua pula guna cara konservatif semulajadi.

Ini result anak kedua yang ada kuning

Cara hilangkan kuning yang berkesan

Jika boleh diputarkan masa, cara petua lama yang karut itu tak akan saya cuba. Merapu! Bagi bayi yang bawah 6 bulan makan air anggur hitam dengan usus yang belum matang. Saya sangat menyesal.

Mengimbau kembali kenangan semasa anak pertama. Bacaan kuningnya tersangatlah tinggi masa tu, sampaikan bila ke klinik untuk cek. Doctor minta segera ke hospital dan memegang dulu buku pink, Doctor risau kerana bacaan sampai 380+ mmol.

Sesudah sampai ke hospital, anak ditempatkan terus bawah lampu biru (phototherapy). Tapi masa ini, anak pula tak nak duduk bawah lampu itu. Bacaan tak turun-turun. Maka, bermulalah episod airmata dalam pantang. Disebabkan ini saya mengikut saja ape petua orang tanpa ilmu. Saya tak sanggup nak tengok anak menangis sampai serak suara.

Masa ini yang menambahkan kesukaran kuning tak turun adalah bayi tak mahu ‘direct breastfeeding’. Jadi agak menyukarkan apabila, terpaksa pam terlebih dahulu dan bagi anak menyusu dengan menggunakan sudu. Dalam wad, penggunaan puting botol HARAM ya! dilarang. Jadi untuk bagi bayi susu lambat sehingga anak menangis kelaparan. Satu pengalaman yang cukup meruntun jiwa seorang ibu buat pertama kali jadi seorang ibu.

Namun, satu pengalaman berbeza yang berlaku untuk anak kedua saya.

Anak ditempatkan terus bawah lampu biru (phototherapy)

Cara betul saya gunakan

Jadi, apa cara hilangkan kuning yang BETUL saya lakukan untuk anak kedua? Hanya 2 kunci penting ya mak-mak:

  1. Menyusu secukupnya
    Susu ibu adalah susu yang terbaik dan jika tidak di rezekikan susu badan. Bayi haruslah di susukan secukupnya dengan susu formula. Janji bayi kenyang dan bukan sekadar hilang ‘haus’. Maksudnya, jika susu badan pastikan susu itu pekat dan bukannya cair. Kalau cair, bayi akan kurang berak. Ibu harus makan makanan berkhasiat seperti kurma, badam atau minum ‘freshmilk’.
  2. Anak berak dan kencing dengan kerap
    Jika bayi kurang berak dan air kencingnya pekat (warna teh) ini akan menjadikan kuning bayi akan susah hilang. Setelah bayi di susukan dengan kerap tetapi masih lagi tidak berak, apa yang boleh dilakukan?

Ini cara saya hilangkan kuning dengan kerapkan bayi membuang

Cara Hilangkan Kuning
Guna TRUB dan CALMTIME balm dari Tasneem Naturel. Saya sangat bersyukur kerana tak perlu lagi bagi anak saya bukan-bukan tapi hanya perlu sapu pada perutnya. Lagipun, balm Tasneem ni ada notifikasi KKM yang ternyata selamat untuk digunakan.

Cara Hilangkan Kuning : Trub balm lawaskan pencernaan dan penghadaman

Cara Hilangkan Kuning
Essential Oils dalam T-rub Balm

Jadi dengan sapuan Trub ini akan membantu anak untuk berak dengan kerap. Ok. Apa yang membuatkan balm ini bagus adalah, balm Trub ini mengandungi pati Halia, ‘Essential Oil ginger’ yang membantu perembesan jus gastrik dan perembesan air liur untuk penghadaman.

Seterusnya, mengandungi minyak pati serai atau ‘Eessential Oil lemongrass’ yang boleh membantu meningkatkan proses penghadaman selain menghalang pembentukan gas berlebihan di dalam usus.


Tapi kalau bayi dah kerap berak tapi kuning masih juga tinggi dan bacaan tak turun?


Ada juga ibu-ibu yang mengalami masalah ini kan? Jadi, boleh guna CalmTime balm untuk TINGKATKAN FUNGSI HATI

Cara Hilangkan Kuning : CalmTime balm untuk tingkatkan fungsi hati

Cara Hilangkan Kuning
Essential Oils dalam calm time Balm

Kerana dalam balm Calmtime ada ‘Essential Oil GERANIUM’ dimana boleh membantu fungsi hati untuk memproses bilirubin untuk disingkirkan melalui najis atau air kencing. Biasa mak-mak yang berdarah ‘O’ akan jadi macam ini.


Jadi, saya sarankan untuk cepatkan proses kuning atau jaundis ini hilang untuk cuba 1 set balm ini. In sha Allah hati mak-mak pun tak gelisah melihat anak nak kena ulang alik klinik untuk cek ambil darah. Saya faham perasaan itu sebab saya pun dah alami. Cara yang saya lakukan untuk anak kedua saya ini ternyata sangat cepat turunkan kuning. Buat dengan ilmu dan kesedaran yang petua secara semula jadi ini ternyata lebih selamat dan berkesan.


APA KATA IBU BAPA YANG DAH CUBA?

Testimoni ibu-ibu yang dah menggunakan set kuning tasneem ini

Ibu bapa di luar sana dah ramai mencuba cara sapu 2 balm ini. Jangan ragu-ragu kalau dah ada hasil seperti mereka ini. Sudah ratusan hati ibu telah Tasneem menangi dalam membantu selesaikan masalah kuning ini.
Ini ikhtiar secara semulajadi, langsung tak rugi untuk mencuba dan mudahan apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anak mak-mak sekalian.


Hubungi untuk dapatkan balm ini dan saya bantu konsultasi cara penggunaan dengan lebih terperinci. Klik gambar dibawah ini untuk bantuan atau boleh terus dapatkan di SHOPEE KLIK SINI.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart