fbpx

Sindrom Mak-Mak yang Pasti Ibu-Ibu Terkenangkan

Pernah tak bila masuk bilik air dengar bunyi baby menangis? Tapi bila keluar, tengok baby okey je bermain atau tidur. Yang ini jangan risau, ini bukan cerita seram tapi Aida kategorikan sebagai sindrom mak-mak. Sebenarnya

Pernah tak bila masuk bilik air dengar bunyi baby menangis? Tapi bila keluar, tengok baby okey je bermain atau tidur.

Yang ini jangan risau, ini bukan cerita seram tapi Aida kategorikan sebagai sindrom mak-mak. Sebenarnya ada banyak lagi sindrom mak-mak ni. Mostly, kalau ditanya pada ibu-ibu mereka semua melalui perkara yang sama.

Antaranya ialah;

1) Bila anak buat salah, marah anak. Bila malam tengok anak tidur dengan lena. Mulalah perasan bersalah marah anak siang tadi pun wujud. Yang ini moment paling sayu hati kalau dikenang, lagi-lagi kalau anak semakin membesar pasti akan timbul rasa menyesal.

Baiknya, mulai hari ini cuba ubah sikap mudah marah pada anak. Lagi-lagi kalau stress dengan kerja elak jadikan anak sebagi mangsa keadaan.

 

2) Tak sabar nak tengok perkembangan anak terutama yang baby. Bila anak pandai meniarap, tak sabar nak tengok anak pandai merangkak. Bila anak pandai merangkak, tak sabar nak tengok anak pandai berjalan. Bila anak pandai berjalan tak sabar nak tengok anak berlari dan seterusnya.

Kesimpulannya, semua perkembangan anak memang ibu-ibu sangat excited menanti.

 

3) Bila anak semakin membesar, pandai berjalan dan bercakap rindu pula saat anak masih bayi. Rindu bau baby. Hehe Part ini memang tak dinafikan, akan mulalah dialog, “rindunya anak masa baby, rindunya anak masa mula nak belajar berjalan. Kiranya ibu-ibu ini suka flashback. Aida pun sama!

4) Bila anak semakin membesar, ibu-ibu mula rindu untuk mengandung semula. Rindu saat bayi dalam kandungan bergerak-gerak dalam perut. Tapi pada masa yang sama rasa ngeri bila teringatkan labour room.

 

 

5) Bila ibu masak di dapur, pasti lebih 10x ibu akan ulang alik menjenguk anak. Risau anak bermain sesuatu yang berbahaya atau risau kalau anak menangis.

 

6) Bila anak ramai pula, mulalah ibu-ibu tersasul panggil nama anak. Nak panggil Ali, tersebut nama Aminah. Ataupun nak bercakap dengan Aminah tapi tengok muka Ali.

Gambar Kredit kepada : memetikdurian.blogspot.com

 

Ini antara 6 perkara yang umumnya berlaku pada ibu-ibu, ikutkan ada banyak lagi. Jiwa seorang ibu itu memang sentiasa prihatin dan sayang akan anaknya. Sehabis baik ingin melakukan yang terbaik ❤️❤️❤️
.
.
.
Syuhaidah Norazrin
Rindu Nu’man masa baby

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge