Jika anda sering bersin, hidung berhingus serta tersumbat selain mata berair dan kelihatan lesu, ia mungkin tanda resdung teruk.
Nama lain bagi resdung ialah sinusitis. Resdung ialah satu tindak balas sistem imun manusia di mana ia lazimnya melindungi tubuh daripada alergen berjangkit dengan tubuh.
Antara alergen ialah debunga, hama, bulu haiwan dan asap.
Punca resdung
Ini antara punca yang menyebabkan resdung menjadi lebih teruk, tanpa sedar anda sendiri yang penyebabnya. Mari baca apa punca resdung jadi lebih teruk.
- Menggunakan ubat nasal terlalu kerap. Ubat nasal ini mempunyai bahan kimia yang memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.
- Tidak minum air secukupnya. Badan perlukan air untuk kekal terhidrat. Badan yang cukup air semasa resdung boleh menipiskan mukus.
- Tidak cukup tidur. Tidur yang cukup penting untuk kuatkan sistem imun anda.
- Udara terlalu sejuk. Udara sejuk mempunyai udara yang kering. Ini akan meradangkan resdung dan memburukakan lagi gejala.
Pelbagai faktor lain penyumbang kepada keseriusan resdung ini. Anda harus peka dengan keadaan kesihatan sendiri.
Baca sini Punca Resdung.
Tanda resdung
Tanda resdung nampak seperti tanda penyakit lain. Tandanya juga berbeza untuk setiap individu. Berikut merupakan tanda-tanda resdung teruk yang mungkin anda alaminya sekarang
Selsema yang terlalu lama
Ini antara tanda biasa dan kerap berlaku pada penghidap resdung. Sekiranya selsema yang dialami sudah lama dan berpanjangan dan anda tidak dapat menahannya lagi, eloklah terus berjumpa pakar.
Sakit kepala
Sakit kepala yang berpanjangan. Ada yang keliru dengan sakit kepala biasa namun sebenarnya ia adalah sakit kepala resdung.
Sakit dibahagian muka
Sakit ini biasanya seperti sakit di sekeliling mata, bawah mata, dahi dan sekeliling hidung juga boleh dirasai bersama-sama dengan sakit kepala. Selain itu, ada juga yang merasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi.
Hidung berair dan tersumbat
Ini juga antara gejala biasa berlaku pada yang ada resdung. Hidung akan berair dan tersumbat setiap masa sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran bernafas.
Tidur berdengkur
Segelintir penghidap resdung ada masalah ini. Tidur berdengkur kerana saluran pernafasan pada hidung tersumbat. Masalah tersumbat ini pula disebabkan lendiran yang banyak.
Demam dan sakit tekak
Ada yang mengalami masalah resdung yang sehingga menyebabkan demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan. Juga sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang.
Masalah jerawat
Muka akan dinaiki jerawat yang agak teruk sama ada di bahagian muka atau dibahagian badan. Masalah ini berpunca dari lendiran yang tersumbat sehingga menyebakan masalah jerawat.
Kesimpulan
Perhatikan gejala atas ini, jika anda ada seperti tanda diatas ini, cari solusi untuk merawat masalah resdung. Masalah resdung yang terlalu lama boleh menyebabkan masalah yang lebih serius lagi.
Seperti jangkitan pada mata sehingga sebabkan nanah. Ia boleh menjadi punca buta. Selain itu, nanah dari resdung ini juga boleh memenuhi ruang otak. Sekiranya ini berlaku pembedahan perlu dibuat.
Pantau kesihatan anda sebaiknya. Ambil langkah awal sebelum ia nya menjadi melarat. Berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat.Kemudian iktiharlah dengan rawatan yang membantu melegakan atau merawat resdung.
Baca juga Cara Hilangkan Resdung.
What do you think?