Tidur yang berkualiti penting untuk tumbesaran anak-anak. Nampak seperti mudah tapi jika dipandang remeh waktu tidur anak, memang membahayakan perkembangan si manja. Bagaimana untuk kita tahu anak cukup tidur atau tidak?
Ini Aida kongsikan nota Parenting dari Dr Taufik Razif, 4 tanda anak kita tidurnya tak cukup dan tak berkualiti :
1) Susah dibangunkan
2) Mengamuk bila dikejutkan
3) Selalu tersengguk
4) Selalu lesu
Jika 4 tanda ini ada pada anak kita, maksudnya ibu ayah harus lakukan perubahan untuk kesejahteraan anak-anak. Nak kan tips bayi tidur lena, boleh baca di sini.
Jom rujuk jadual tidur anak kita berdasarkan National Sleep Foundation :
Jika tidur anak kurang dari jadual yang dipaparkan anak kita di kategorikan tidak mendapat tidur yang cukup. Tidak cukup tidur boleh memberi kesan pada perkembangan kesihatan, emosi dan perkembangan minda anak.
Ini Aida kongsikan 5 kesan yang berlaku pada anak :
1) Kurang Daya Tumpuan – Anak yang cukup tidur mindanya lebih peka berbanding dengan anak yang tak cukup tidur. Malah anak yang cukup tidur lebih ceria dan bersedia terokai ilmu baru.
2) Sukar Mengawal Emosi – Anak yang tak cukup tidur emosinya lebih sensitif, mudah tantrum atau kata lainnya meragam. Pantang ada salah sikit pasti anak cepat meragam. Ini jika tidak sabar, ibu ayah juga boleh pening nak melayan ragam anak.
3) Lewat Perkembangan Minda – Tidur bagi anak-anak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya diransang.
4) Cenderung Menjadi Agresif – Kanak-kanak yang tak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skill kognitif, hyperaktif, ADHD dan perkembangan neurologi terjejas.
5) Tak Bersemangat – Waktu tidur adalah waktu rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh. Jadi bayangkan anak yang tak cukup tidur bagaimana reaksi mereka seharian, mudah menjadi lesu dan mudah mengantuk.
Info dari nota Parenting Dr Taufik Razif lagi, jauhkan anak kita daripada CAHAYA segala gadjet dan TV sebelum masuk tidur iaitu dalam 2-3 jam sebelum tidur. Cahaya gadjet (blue light) akan ganggu Circadian Rhythms anak kita. Disebabkan ini waktu tidur anak kita jadi kacau bilau.
Nak ikhtihar anak tidur lena dan mudah? Boleh ikhtihar dengan sapuan balm Calm time balm dan Sleep time balm Tasneem Naturel. Balm yang berasaskan essential oils. Klik link ini untuk maklumat lanjut mengenai balm Tasneem Naturel di sini.
What do you think?