Tips Anak Masuk Tadika

PERSEDIAAN PENTING SEBELUM HANTAR ANAK MASUK KE TADIKA

Sudah pun masuk ke tahun baru, 2019. Kebiasaanya, pada awal tahun begini sudah menjadi rutin ibubapa yang mempunyai anak 4 tahun keatas menghantar anak ke tadika (playschool) atau sekolah.

Tapi bagi ibubapa yang pertama kali mendaftarkan anak ke tadika pasti tertanya-tanya bagaimana reaksi anak ketika di hantar ke tadika dan ditinggalkan disana. Adakah menangis, meraung atau bersemangat bertemu rakan-rakan baru?

Perasaan ini normal bagi ibubapa, tak perlu terlalu risau. InshaAllah dengan persediaan yang cukup segalanya pasti akan berjalan lancar.

1.  TIDUR YANG CUKUP DAN KONSISTEN

Dalam tempoh 1-2 bulan ibu ayah bolehlah melatih anak untuk tidur awal di waktu malam dan bangun awal pagi yang konsisten. Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk anak terutamanya yang perlu ke tadika atau sekolah.

Tidur yang tak cukup, dikhuatiri akan buat anak letih diawal pagi dan rasa tidak bersemangat. Bila ini berlaku, kemungkinan besar anak menangis atau meragam semasa ditinggalkan adalah besar.

2. BAWA ANAK MELAWAT TADIKA

Kebiasannya, setiap tadika akan buat “open day” ketika inilah peluang untuk ibubapa membawa anak bersiar-siar sekitar kawasan tadikanya. Buatkan anak rasa teruja, tapi diingati jangan sampai over excited. Ditakuti anak menjadi lebih gelisah. Tujuan, bawa anak melawat tadika adalah untuk memberi situasi sebenar apabila anak di sana.

3. BIASAKAN ANAK BERJUMPA ORANG

Shutterstock

Bawalah anak berjumpa orang baru, bertujuan untuk bagi anak biasa dengan orang yang baru dikenali sambil bermain dengan kanak-kanak lain. Selain itu, boleh berbual dengan anak tentang tadika, bila mereka akan pergi, apa yang akan dibuat dan pukul berapa mereka akan dihantar atau dijemput.

Ceritakan perkara yang seronok untuk didengari bagi mewujudkan rasa semangat dan teruja dalam diri anak-anak. Yang penting, jangan lupa beritahu mereka bahawa anda tetap sayangkannya walaupun terpaksa berjauhan seketika.

4. TINGGALKAN ANAK SECARA BERKALA

Untuk persediaan awal, boleh belajar untuk tinggal-tinggalkan anak secara berkala. Sebagai contoh, 10 minit, 30 minit, 1 jam dan seterusnya. Ini membantu anak belajar bahawa ibu akan sentiasa datang kembali walau mereka ditinggalkan.

5. PRETEND PLAY

kredit: centreofexcellence.com

Pretend play atau bermain berlakon adalah satu permainan yang boleh anda lakukan bersama anak. Permainan ini membantu anak memahami situasi apabila berada di dalam kelas. Jadi anda perlu sediakan props yang bersesuaian seperti kerusi, meja dan sebagainya. Boleh ajak suami untuk join sekali!

6. JANGAN BERPATAH BALIK

Selepas menghantar anak, jangan berpatah balik walau apa pun reaksi anak. Memang anda akan rasa bersedih melihat anak dalam keadaan begitu tapi untuk kebaikan anak anda harus kuatkan semangat.

Jika anda berpatah balik, apabila melihat anak menangis atau meraung anak akan memahami dengan tangisan dapat membantu mereka terlepas dari situasi apabila ditinggalkan. Jadi ada kemungkinan di hari seterusnya anak akan melakukan cara yang sama iaitu dengan menangis.

BERIKAN PELUANG DAN MASA

Ibu bapa perlu membuat persediaan mental dan fizikal dalam proses hantar anak ke taska. Jangan letak ‘expectation’ yang terlalu tinggi dan jangan pula marahkannya sekiranya anak belum dapat menyesuaikan diri.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart