Tips Atau Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Gadjet

Ibu bapa zaman sekarang pasti ada yang melalui masalah anak yang suka akan gadjet. Persekitaran sekarang yang dikelilingi dengan kecanggihan teknologi pasti memberi pengaruh pada anak-anak yang semakin membesar. Inilah cabaran ibu bapa zaman ini.

Saya sendiri tidak terlepas dengan masalah ini. Anak saya mula didedahkan dengan gadjet pada umur 7 bulan. Kononnya, memberi peluang untuk anak belajar dari video pendidikan kanak-kanak seperti lagu-lagu ABC, 123 dan lain-lain.

Tapi lama kelamaan anak sendiri dah pandai menekan dan scroll handphone dengan sendiri (Anak belajar melalui melihat). Pada fasa ini, anak sudah mula ketagih gadjet terutamanya apabila berada di luar seperti kedai makan. Pasti anak akan minta handphone.

Bila mula nampak anak semakin ketagih handphone, masa ni ligat otak fikir idea bagaimana nak atasi masalah atau cara kurangkan ketagihan pada gadjet. Makanya, wujudlah beberapa tips hasil dari carian ilmu di internet.

1. Lock atau Key in Passcode

Anak belajar melalui melihat, bila tengok ayah ibu tekan handphone dia pun pandai buka handphone tu. Jadi saya dan suami terpaksa setkan passcode yang susah untuk anak ingat. Cara ni sangat membantu, walau handphone terlepas pada anak, anak memang tak dapat buka handphone. Selamat

2. Bawa Mainan Anak Kemana-kemana

Disebabkan anak saya sangat suka tengok handphone semasa diluar, jadi saya bawa mainan kegemaran anak kemana-mana. Contohnya, apabila dikedai makan, biasanya duduk je dikerusi anak akan mula minta handphone ketika ini saya alih perhatian anak keluarkan mainan dia. Dia akan mula bermain dengan permainannya.

3. Main Bersama Anak

Walau dah ada mainan yang saya bawa, saya pastikan diri involved bermain bersama anak. Selain itu, saya dan suami akan elak tengok handphone ketika makan kecuali dalam keadaan tertentu.

Kalau terpaksa tengok handphone ketika makan, kami suami isteri akan bergilir-gilir bermain dengan anak. Satu lagi kaedah saya gunakan ialah ajak anak bermain “osum” permainan ini biasanya saya main dengan anak bila terlupa bawa mainan kesukaan anak.

Alhamdullilah, anak suka permainan ini. Ibu ayahnya juga seronok tengok teletah anak.

4. Puji Anak

Bila anak berjaya duduk diam tanpa gadjet, pujilah anak seikhlas hati. Ini memang saya praktikkan untuk tingkatkan rasa berkobar-kobar dalam diri anak yang dia berjaya duduk diam. Bagusnya, selepas puji anak berikan pelukan atau ciuman pada anak. Pelukan dan ciuman dapat memberi ransangan positif pada anak.

5. Jangan Beri Anak Gadjet Yang Fully Charged

Kadang kala ada ketikanya, saya ada berikan handphone untuk anak bermain. Bukanlah restrict terus dari tengok handphone. Ketika saya berikan anak handphone saya akan pastikan handphone tidak 100% baterinya.

Lagi bagus 20% bateri, baru berikan pada anak. Jadi bila handphone terus padam, anak secara automatik stop dari tengok handphone. Alhamdullilah cara ini sangat berkesan.

Tapi sebelum itu, ibu perlu fahamkan anak bahawa tengok handphone boleh tapi ada hadnya.

6. Fahamkan Anak Gadjet Adalah Kepunyaan Ibu Ayah

Setiap kali kami beri anak handphone kami selalu akan remind anak bahawa hanphone ini adalah milik kami. Anak sekadar pinjam sahaja. Cara ini, untuk kami ingatkan anak bila-bila masa kami akan minta semula handphone pada anak.

Selain itu, anak akan tahu yang mereka tiada kuasa atas handphone atau gadjet tersebut.

7. Doakan Anak

Jangan lupa selalu doakan anak, semoga dengan doa kita sebagai ibu bapa dapat membantu anak mengurangkan ketagihan pada gadjet. Sesungguhnya, setiap usaha kita hasilnya atas izin Allah. Mudah-mudahan anak akan berubah sedikit demi sedikit. InshaAllah.

Ini antara cara atau tips yang saya guna untuk kurangkan anak ketagih gadjet, Alhamdullilah cara ini sangat membantu. Permulaannya, memang ada anak akan menangis atau tantrum bila tak diberi gadjet. Pada saat, anak menangis memang ibu ayah kena tekadkan azam. Bekerjasama sesama pasangan.

Selain itu, saya ada juga ikhtihar sapukan calm time balm pada anak. Balm ini sangat membantu saya meredakan emosi kecewa anak atau memberi anak rasa lebih tenang. Alhamdullilah adegan tantrum anak berkurang sedikit demi sedikit.

Moga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah atasi masalah ketagihan handphone atau gadjet pada anak. Jika rasa entry ini bermanfaat, dipersilakan share.


XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart