TIPS & PETUA APABILA ANAK DEMAM
Anak demam panas? Lebih-lebih lagi apabila waktu malam? Rumah pula jauh di klinik? Mesti gelabahkan, Lagi-lagi kalau tengok anak mengigil dan muntah-muntah? Ibu ayah mana yang tak risau melihat si manja dalam keadaan begitu.
Anak adalah anugerah yang tak terhingga dari Allah, oleh sebab itu apa-apa berlaku pada anak kita sangat risau. Terutama bila anak sakit atau demam, boleh buat ibu ayah tak lalu makan. Ini tips yang boleh ibu ayah lakukan apabila berada dalam situasi ini, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk anak selebihnya kita serahkan pada Allah SWT.
1. SUKAT SUHU BADAN ANAK
Suhu badan normal ialah 36.7 C. Jadi termometer atau penyukat suhu badan bagusnya disediakan oleh setiap keluarga. Termometer ini boleh didapati di farmasi atau di klinik. Termometer ada pelbagai jenis, ada termometer jenis letak di dahi, di mulut, atau telinga, terpulang pada bajet dan kemampuan. Alat ini sangat penting terutamanya dalam kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas ibu ayah untuk sentiasa cek suhu badan anak. Kawal suhu badan anak, jika terlalu panas melebihi 38 celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak.
2. TUAM KEPALA DAN BADAN ANAK
Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. Kemudian, tuamkan juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celahpeha dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam tadi dicelupkan semule kedalam air. Jangan biar tuala terlalu lama di kepala, jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal, cukup hanya singlet atau baju nipis untuk menutup badan.
Jika badan anak masih panas dan suhu masih tinggi, terus mandikan anak dengan air paip, pastikan kepala anak sejuk sikit dan tidak terlalu panas.
3. GUNA DAUN BUNGA RAYA
Daun bunga raya diamalkan oleh orang tua-tua dulu, ini adalah satu tips atau petua yang membantu menurunkan panas badan. Daun bunga raya dipetik, kemudian dibasuh dan diramas-ramas dalam air. Lendiran yang keluar dari daun tersebut membantu menurunkan suhu panas badan. Boleh celupkan tuala dalam lendir daun itu atau sapukan air lendir itu ke seluruh kepala dan badan anak. Buat selama 20-30 minit dan kerapkan sapuan jika badan anak masih panas.
4. MINUM AIR ATAU SUSU BANYAK
Berikan anak air masak secukupnya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam suhu badan yang meningkat boleh menyebabkan badan anak mudak kekeringan (dehydrate). Badan yang kekeringan lebih lambat proses untuk sembuh dan perkara ini boleh mengakibatkan kepada masalah yang lain pula seperti badan tak cukup garam galian. Jika dibiarkan badan anak terlalu lama dehydrate anak boleh terkena sawan, kerosakan buah pinggang dan otak. Juga boleh menyebabkan kematian.
Jika anak masih menyusu, berikan anak susu lebih kerap supaya panas badannya berkurang. Susu ibu adalah penawar dan antibodi melawan penyakit.
5. BERIKAN ANAK MAKANAN YANG MUDAH DIHADAM
Biasanya bila anak demam, anak tidak ada selera makan terutama apabila sakit tekak. Jadi berikan anak dengan makanan yang mudah dihadam seperti bubur atau sup, bagi memudahkan anak makan disamping masih mendapat tenaga dari makanan yang dimakan. Selain itu, ais krim vanila juga boleh diberikan pada anak jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, ais krim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak.
6. SAPUKAN CF-RUB BALM TASNEEM NATUREL
CF-Rub balm mengandungi essential oils yang seperti lavender, lemon, eucalyptus, orange, tea tree, frankinsence dan cypress yang membantu kurangkan suhu ketika demam. Selain itu, balm ini juga bantu kurangkan batuk, selsema juga bantu mencairkan kahak. Sementara menunggu untuk hantar ke klinik bolehlah disapukan balm ini sebagai ikhtihar lain.
7. DOA PADA ALLAH
Doa senjata orang mukmin, sejauh mana kita berikhtihar wajib untuk kita memohon dari Allah kesembuhan serta berdoa agar kita diberikan kesihatan yang baik kepada ahli keluarga. Tambah pula dengan solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambaNya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya.
Boleh amalkan doa demam panas ini yang diambil screenshot dari buku Indahnya Hidup Bersyariat, tulisan Ustaz Ismail Kamus.
Akhir kata, jangan ambil ringan apabila anak demam. Paling penting, jangan panik. Jika tidak mahu berbuat apa terus bawa anak berjumpa doktor. Jika berlaku tengah malam boleh terus bawa ke hospital.
Ada tips yang lebih berkesan? Boleh share di ruangan komen
What do you think?