fbpx

Tips Mengajar Anak Mengaji Sejak Dari Bayi Lagi

Masa mula-mula dapat baby memang niat nak mengajar anak mengaji sendiri. Biarlah anak mengenal huruf Al Quran dari ibu ayahnya dahulu. Moga menjadi pahala buat kami nanti.

 

Jadi Aida nak share beberapa tips yang aida buat sepanjang proses mengajar anak mengaji.

1) Buat flash card dari kertas A4 dan tulis huruf jawi menggunakan pen marker hitam kemudian tampal di dinding bilik anak selalu berada. Sambil mendukung anak, sebut bunyi huruf tersebut dan tunjukkan. Masa ni Nu’man dalam 6 bulan keatas umurnya.

2) Menggunakan set Al Furqan, set ini memperkenalkan sebutan bunyi setiap huruf dan baris dahulu. Setiap pagi Aida akan buka VCD lagu Al-Furqan. Secara tak lansung anak akan terikut dengan lagu ini. Bunyi pertama Nu’man sebut ialah “Ba, Da & Na”. Aktiviti ini semasa Nu’man berumur 6 bulan dan sehingga 2 tahun lebih.

Set ini akan memperkenalkan bunyi huruf yang mudah disebut oleh anak kecil dahulu kemudian barulah bunyi sebutan yang lain. Contoh, “Ba, Da & Na ”

3) Ajak anak main plastesin atau tanah liat untuk bentukkan setiap huruf dan baris. Kemudian meneka bunyi jika baris diubah-ubah. Aktivi ni sesuai masa anak dah setahun lebih dan keatas. Beraktiviti dengan tanah liat bagusnya juga untuk perkembangan sensory anak.

 

4) Mewarna bersama anak setiap huruf jawi sambil sebutkan bunyi.

 

5) Kukuhkan bacaan anak dengan guna pelbagai buku. Umur Nu’man 3 tahun lebih dah habis baca buku 2 Al Furqan, aida lompat ajar anak buku Iqra pula. Target untuk anak betul-betul mengenal huruf dan bunyi. Jadi belajar dari Iqra satu.

Sehingga sekarang masih belajar buku Iqra, bila aida betul-betul yakin tengok proses anak mengaji baru sambung semula buku Al Furqan 3.

 

Aida tak paksa anak untuk mengaji, tapi selalunya akan pujuk dan bagi pujian kalau dia nak mengaji. Kanak-kanak ada pasang surut mood nya. Kadang nak mengaji tak perlu diajak dan kadang terpaksa juga keluarkan segala umpan untuk ajak anak mengaji.

Sehingga sekarang, Nu’man masih dalam proses mengenal sebutan dan huruf. Mungkin tips Aida share ini membantu kalian untuk mula mengajar anak mengaji.
.
.
.
Syuhaidah Norazrin
Dalam proses belajar

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart