Tips Persediaan Bersalin Untuk Ibu Dan Bayi

Lagi beberapa bulan dah nak bersalin ke tu mama? Dah ready barang-barang untuk bayi dan mama sendiri? Jangan risau Kak Nor nak share sedikit tips persediaan bersalin yang mama boleh sediakan sebelum masuk labour room.

Barang Keperluan

Mama pun mesti pening fikirkan macam mana nak siapkan barang-barang untuk masuk labour room nanti, nak fikir bersalin kat mana ? Apa yang terbaik untuk pemilihan barang-barang baby kan?

Kak Nor percaya semua mama nak yang terbaik untuk anak-anak kan? Meh Kak Nor share tips persediaan bersalin kepada bakal mama terutamanya yang bakal menimang cahaya mata yang pertama.

Beg sandang

Pertama, tips persediaan bersalin ialah sediakan beg sandang. Eh nak buat apa beg ini? Apa kena mengena dengan nak bersalin nanti?

Ha ! Beg sandang ini semestinya untuk menyimpan segala dokumen penting seperti Kad pengenalan, buku pink (wajib bawa), telefon bimbit dan pengecas telefon bimbit.

Ibu belum ada lagi ke? Ibu boleh dapatkan di Shopee, KLIK SINI.

Harga berbaloi-baloi.

persediaan bersalin untuk ibu

Travelling beg/Beg balik kampung

Tips persediaan bersalin yang kedua ialah ibu harulah sediakan travelling beg/beg balik kampung untuk mengisi keperluan dan kelengkapan mama dan baby yang bakal lahir nanti. Ibu boleh guna satu beg untuk isi keperluan baby dan ibu.

Atau sediakan dua beg. Satu untuk ibu dan satu lagi untuk baby. Jika asingkan lebih bagus, bila nurse minta bag baby, ibu dah boleh terus serahkan beg tersebut.

Boleh dapatkan beg baby di Shopee, comel sangat. KLIK SINI

Tips Persediaan Bersalin

Kelengkapan bayi

Seterusny, tips persediaan bersalin bagi baby ialah

  • Selepas lahir – baju, lampin pakai buang dan bedung
  • Hari pertama – satu set baju tidur dan set baju siang
  • Hari kedua – satu set baju siang dan baju keluar hospital (biasanya akan discharge pada hari kedua untuk mereka yang bersalin normal dan tiada komplikasi)
  • Baju extra – sekiranya berlaku apa-apa kecemasan
  • Mitten dan booties
  • Minyak telon dan balm untuk bayi
  • Selimut atau bedung
  • Lampin pakai buang

Untuk mereka yang bersalin dihospital swasta hanya perlu sediakan baju semasa discharge hospital sahaja bergantung kepada pakej yang disediakan oleh hospitan berkenaan.

Keperluan wajib mama

Tips persediaan bersalin yang wajib bagi mama pula ialah

  • Tampon/Pada
  • Baju semasa discharge – digalakkan untuk menggunakan kain batik kerana sangat memudahkan pergerakkan mama
  • Stokin
  • Selipar Jepun untuk mudahkan pergerakkan mama ke tandas
  • Manual Breast Pump (optional) – ada mama yang meransang penghasilan susu dengan menggunakan manual breast pump. Kalau breast pump automatic kurang sesuai untuk mama yang belum keluar susu sebab akan rasa sedikit sakit.

Barangan lain untuk mama dan bayi

  • Kelengkapan botol susu dan susu FM – sekiranya tiada penghasilan susu ibu dan terpaksa menggunakan susu FM. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk berusaha untuk mengeluarkan susu ibu. Susu ibu tetap adalah pilihan yang terbaik.
  • Tisu basah – Nampak remeh, tapi hakikatnya tisu basah penting untuk hygene dan mama perlu tahu tandas dengan katil mama bukan dekat yer. Takkan mama nak jalan jauh kan? Dapatkan di shopee. KLIK SINI
Tips Persediaan Bersalin
  • Bakul makanan – boleh isi roti atau biskut, air mineral, minuman 3 in 1 milo, thermos, gelas minuman, buah-buahan. Kalau nak bawa bekas makanan pun boleh incase tak sempat nak makan sebab anak meragamkan, boleh simpan dulu sebelum nurse ambil.
Tips Persediaan Bersalin
  • Baby Bath – yang ni optional jugak sebab baby baru lahir ni wangi je. Tapi jika ibu nak buat persiapan untuk kegunaan baby akan datang, boleh dapatkan baby bath Tasneem ini. Sesuai untuk semua jenis kulit baby, dapatkan di SHOPEE, KLIK SINI
Tips Persediaan Bersalin
  • Carseat (optional) – ada hospital swasta yang mewajibkan anda untuk memiliki carseat. Tak semua tapi ada.

Lebih kurang ni lah semua persiapan yang mama boleh sediakan. Tapi ada dua situasi tau mama. Kalau bersalin dihospital swasta lagi sikit barang yang nak kena bawa. Tapi banyak duit perlu disediakan.

Bersalin Hospital Kerajaan Atau Swasta ?

Tidak dinafikan ramai juga yang bertanya nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta yang bagus?

Pengalaman Kak Nor yang pernah check in kedua-dua tempat ini. Ikutlah kemampuan masing-masing. Tidak dinafikan bersalin di hospital swasta sangat memudahkan mama. Nurse akan tolong dari semua aspek. Mama lepas ceaser pun nurse akan tolong lap-lapkan badan mama.

Cuma nasihat Kak Nor kalau nak bersalin di hospital swasta kena check hospital tu ada pakar pediatrik tak?

Incase berlaku kejadian yang tidak diingini hospital ada pakar yang akan buat tindakan pantas buat baby kita dan Kak Nor akan search hospital ini ada buat kempen derma darah atau tak? Kiranya kalau berlaku tumpah darah ke, pihak hospital ada tabung darah tersendiri.

Betul tak? Tapi kalau bersalin di KPJ, PCMC, Andorra atau Gleanegel memang tak perlu ragu-ragu.

Hospital kerajaan pula, mama kena berdikari. Kena belajar buat sendiri itu dan ini. Kadang-kadang ada nurse yang akan membantu. Kadang-kadang ada nurse yang kurang membantu. Tapi itu baby kita, kita mesti akan sedaya upaya buat yang terbaik kan?

Kelebihan hospital kerajaan ni murah of course. Pakar pun ramai. Tapi selain kena berdikari kita tak boleh pilih doctor. Hospital swasta boleh pilih doctor yang kita nak. Kalau suami mama tak nak mama dibersalinkan oleh doctor lelaki, suruh suami buat simpanan banyak-banyak untuk bersalin dihospital swasta. Yang penting, jangan keringkan simpanan untuk bersalin dihospital mewah tau. Sebab lepas tu kita perlukan duit jugak untuk proses penjagaan pula.

Breastpump

Kak Nor dulu guna breastpump anakku je. Harga seratus lebih ada manual dan auto gitu. Bagi Kak Nor, tak semestinya kena pilih jenama yang mahal-mahal. Pemilihan breastpump kena tengok saiz cup tu dan fungsi. Sakit juga kalau tak sama saiz ni. Tapi itu terpulang kepada mama tau. Ada breastpump mahal tapi still tak selesa untuk kita, ada breastpump murah tapi selesa.

Ada juga mama yang suka manual. Kak Nor sendiri lepas bersalin guna manual je untuk ransang susu keluar.

Carseat

Kak Nor pilih carseat anakku dapat harga RM 499.00 sebabnya carseat ni ISOFIX, convertible, boleh guna 0-36 KG dan paling penting ECE R44 yang telah disarankan oleh kerajaan.

Bukan nak promote produk ni sebab bagi kak Nor carseat ni tidak berapa sesuai untuk newborn. Kak Nor pakaikan untuk anak selepas anak 2 bulan dan keatas. Memang selesa dan terbaik. Sebenarnya baby sesuai diletakkan pada ‘carrier’. Cuma carrier ni tak boleh guna lama, bila anak dah besar kena tukar carseat yang sesuai dengan umur dan berat baby.

Kononnya nak berjimat sebab tulah pilih yang convertible. Apapun, kalau keliru dengan pemilihan carseat,mama boleh serach Group FB Malaysian Carseat Support Group untuk ilmu yang lebih terperinci tentang carseat baby. Tapi nasihat Kak Nor, belilah carseat untuk keselamatan anak. Kak Nor selesa sangat balik kampung letak anak di carseat dan Kak Nor pun boleh tidur dengan tenang.

Baby Carrier

Pemilihan baby carrier pun kena ambil peduli juga dengan ciri-ciri keselamatan baby. Paling penting pilih yang ERGONOMIC. Kak Nor pilih cuddleme_Malaysia . memang Ergonomic, material selesa dan adjustable. Untuk pemilihan babycarrier boleh sertai Group FB Malaysian Babywearers.

Minyak dan Balm Bayi

Skeenz Balm Untuk ruam lampin bayi

Banyak produk baby yang ada dalam pasaran Malaysia. Tapi kak Nor akan suggest satu produk ni iaitu Tasneem naturel. Pengalaman kak Nor sendiri, dulu Kak Nor tercari-cari produk apa yang sesuai untuk anak kak Nor. Macam-macam Kak Nor cuba.

Tapi nak dijadikan cerita, anak Kak Nor kena ruam lampin yang sangat teruk. Kak Nor nak basuh pun kesian sebab anak kepedihan. Kak Nor jumpa produk Tasneem ni. Mula-mula kak Nor sendiri rasa mahalnya produk ni. Tapi masa tu Kak Nor terdesak sangat nak cuba sebab anak dah sampai macam tu. Kak Nor belilah Balm Skeenz produk Tasneem ni. Kak Nor tutup mata dengan harga demi anak RM 55.00 je pun.

Hari pertama ruam tu kering dalam 20%, hari ketiga 70% hari keempat alhamdulillah sembuh sepenuhnya. Kak Nor happy sangat-sangat. Bila kak Nor kaji balm Skeenz ni bukan sahaja untuk ruam, tapi gigitan serangga pun ye juga. Tengok lah gambar anak kak nor kena gigit serangga.

Tips Persediaan Bersalin

Kak Nor perasan anak gigitan ni masa maghrib, Kak Nor sapu skeenz cepat-cepat alhamdulillah nak masuk Isya, kesan gigitan dah baik. Sekarang barulah Kak Nor tahu Balm Tasneem ni berasaskan Pati naturel (essential Oil) memang berbaloi sangat dengan harga dan boleh guna 3 hingga 6 bulan. Tapi Kak Nor boleh sampai 8 bulan.

T-Rub dan Calm Time Balm

Balm Tasneem mana pulak yang sesuai untuk Newborn?

Kak Nor nak cakap semua sesuai sebab setiap produk Tasneem mempunyai solusi untuk setiap masalah baby. Untuk newborn kak Nor cadangkan mama pilih T-RUB dan Calmtime. Sebab apa, baby ni perut masih “FRAGILE” mudah kembung, sebu, sembelit malahan 70% – 80% baby akan kena DEMAM KUNING. Salah satu ikhtiar untuk demam Kuning ni sapu dengan T-RUB disamping kerapkan penyusuan susu ibu.

Jangan bagi susu FM kat baby tau melainkan susu Ibu tak cukup untuk bagi baby kenyang. Bila baby kenyang kita sapu dengan T-Rub, baby akan membuang dengan mudah dan Bilirubin (kuning) akan keluar bersama-sama dengan najis baby. Sebab tu siapa yang ada pengalaman warded sebab anak kuning atau JAUNDICE, Nurse akan monitor berapa kerap mama bagi susu dan baby berak/kencing. Mama kena susukan baby setiap 2 jam tau, kalau baby tidur kejutkan.


Ramai juga cakap Kak Nor baby kembung sebab tak barut. Salah tu Mama, bukan barut sahaja penyelesaian untuk kembung. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas lagilah baby tak selesa. Nanti baby berpeluh timbul pulak ruam-ruam kat badan baby. Sapu TRUB je Mama.

Mama pernah dengan baby kolik atau sawan tangis? Baby yang nangis je. Mama sedang berpantang tapi mama stress sebab anak kuat nangis dan meragam. Sebenarnya baby tak selesa mama. Sebelum ini baby dalam Rahim duduk tenang je, bila dah keluar baby tak dapat sesuaikan diri. So cara yang boleh mama buat, mama sapu CALMTIME kat baby dan bedung . Lepas tu boleh lah bagi dengar ‘ambient music’. Alunan ayat-ayat suci al-quran juga antara “ambient’ music yang sangat membantu.

Tips Persediaan Bersalin

CF-Rub dan Sleep Time Balm

Alhamdlillah Kak Nor sangat berpuas hati dengan produk Tasneem naturel ni. Dulu anak Kak Nor tidur buai, sekarang dah tidur tilam dah Mama. Kak Nor sapukan sleeptime kat anak. Konsisten sapu je. Cumanya, sebelum tidur kena off skrin sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur, jangan bagi makan manis-manis, pastikan perut anak kenyang dan selesa (sapu dengan TRUB)dan pakaian anak juga bersih dan segar.

Selain itu, balm wajib ada dirumah pula adalah CF-RUB ni. Kita tak tau bila anak akan batuk, demam dan selsema. Bagi Kak Nor, WAJIB ada CF-RUB ni dirumah. CF-RUB ni sebenarnya ada extract Lemon dan Eucalytus (kayu putih) ada 7 sebenarnya tapi Kak Nor nak highlight yang ni je sebab dua ni orang selalu sebutkan kalau anak demam, selsema, batuk dan berkahak. Mama tak perlu susah-susah dah. Kalau anak demam ringan mama sapu je di pelibat peha, siku,ketiak, dada dan belakang anak. Mama pantau suhu tau, kalau panas sangat cepat-cepat bawa ke hospital.


Okeylah, sampai disini sahaja coretan dan perkongsian dari Kak Nor. Apa yang Kak Nor kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan diharap membantu mama yang sedang buat persediaan. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari Kak Nor. Kak Nor doakan mama sentiasa dipermudahkan urusan. Kak Nor juga boleh bantu mama yang nak dapatkan Produk Tasneem naturel tau. Semoga jumpa lagi.

Ibu boleh terus dapatkan barangan Tasneem Naturel di Kedai Shopee KakNor. KLIK SINI

Kak Nor berkongsi kisah pengalaman bersalin dan persiapan menjadi ibu. Boleh follow kak Nor di Facebook Norihan Watinin.

Boleh juga terus whatsapp kak Nor, dengan klik gambar dibawah yer.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart