fbpx

Tips Untuk Bayi Tidur Lena

Saat bayi tidur lena adalah saat paling membahagiakan ibu-ibu. Itulah saat dimana ibu-ibu yang ada anak kecil untuk ber “me” time sementara anak lena diulik mimpi. Ada ibu-ibu yang gunakan waktu tersebut untuk mula mengemas

Saat bayi tidur lena adalah saat paling membahagiakan ibu-ibu. Itulah saat dimana ibu-ibu yang ada anak kecil untuk ber “me” time sementara anak lena diulik mimpi. Ada ibu-ibu yang gunakan waktu tersebut untuk mula mengemas rumah, memasak mahupun merehatkan diri.

Walau bagaiamanapun, saat menidurkan bayi boleh menjadi mimpi ngeri jika bayi susah untuk tidur atau tidur tak lena. Lagi-lagi jika perkara ini selalu berlaku pada waktu malam. Pasti, ibu-ibu juga tidak dapat rehat yang cukup akibat dari bayi yang susah tidur lena.

Menurut Kementerian Kesihatan, pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Disini, saya kongsikan beberapa tips yang saya dapat dari perkongsian Puan Ashikin Hashim dan dari pengalaman saya sendiri. InshaAllah tips ini dapat membantu ibu-ibu tidurkan bayi agar bayi dapat tidur yang lebih lena dan berkualiti

1. SUSUKAN BAYI DENGAN TENANG

Ini tips paling penting, jika ibu-ibu melihat bayi menunjukkan tanda mahu tidur, ibu susukan bayi dengan tenang. Sambil menyusukan bayi, tepuklah bayi dengan perlahan dan peluk dia dengan erat. Waktu inilah kita dapat eratkan bonding atau ikatan kita bersama bayi. Tetapi jika kita beria mahu tidurkan bayi dalam keadaan kelam kabut, bayi mungkin tidak akan tidur atau tidur sebentar sahaja.

2. SENDAWAKAN BAYI

Pastikan selepas bayi minum susu, ibu-ibu sendawakan bayi dahulu. Jika bayi tidak disendawakan selepas menyusu ada kemungkinan untuk bayi tidur sebentar sahaja dan terbangun kemudian sendawa. Kadangkala ada juga, bayi yang sendawa beserta muntah susu.

3. TEPUK LEMBUT ATAU DODOIKAN

Apabila bayi dah tidur lena, jangan terus tinggalkannya. Letakkan bayi ditempat tidurnya dan tepuk perlahan atau dodoikannya supaya dia tidak terkejut kerana ditinggalkan.

4. BEDUNG BAYI

Antara sebab bayi mudah terjaga atau tidur tak lena adalah disebabkan bayi terkejut atau terganggu dari tidurnya. Jadi bedung adalah satu tips terbaik untuk pastikan bayi tidak terkejut dari tidur. Jika membedung bayi elakkan memakaikan bayi dengan baju yang tebal cukup sekadar baju yang nipis dan memberi keselesaan pada bayi. Bayi yang dibedung biasanya akan tidur lebih lama berbanding bayi yang tak dibedung.

5. SUASANA TENANG DAN CAHAYA YANG MINIMA

Pastikan bayi tidur dalam keadaan tempat tidur yang tenang dan pada ketika waktu malam pula, pastikan cahaya lampu yang malap sahaja supaya anak boleh tidur lebih lena.

6. TIDAK TERLALU PANAS DAN TIDAK TERLALU SEJUK

Pastikan suhu ketika anak tidur tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk. Pakaikan bayi dengan pakaian yang bersesuaian mengikut suhu atau cuaca pada ketika itu. Jika tidurkan bayi dalam keadaan ber air-cond, biasanya saya akan sapukan CF-Rub balm pada tapak kaki, dada dan hidung bayi, bagi mengelakkan hidung bayi tersumbat atau selesema disebabkan kesejukan.

7. BEZAKAN TEMPAT TIDUR SIANG DAN MALAM

Bezakan tempat tidur waktu siang dan malam amat penting untuk bayi hal ini kerana bayi yang masih kecil tidak dapat membezakan tidur pada malam hari atau pada waktu siang hari. Jadi bertukar tempat tidur akan memberi isyarat pada bayi bahawa waktu sudah bertukar.

8. SAPUKAN CALM TIME BALM DAN SLEEP TIME BALM SEBELUM WAKTU TIDUR BAYI

Biasanya selepas solat isyak, saya akan sapukan calm time balm pada bayi, selepas 5 minit saya akan sapukan sleep time balm pula. Calm time balm ini berfungsi membantu bayi rasa relax dan tenang, maka inshaAllah bayi akan kurang meragam. Kemudian sapuan sleep time balm membantu memudahkan bayi tidur lena dan lama.

Semoga tips ini membantu ibu-ibu menguruskan bayi terutama pada semasa ingin tidurkan bayi. Tidur yang cukup dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. Jika tidur anak terganggu, anak tidak dapat membesar dengan baik.

Please follow and like us:

One thought on “Tips Untuk Bayi Tidur Lena

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge