Pola dan jadual tidur anak mengikut peringkat umur
1. Bayi berumur 0 hingga 3 bulan
Peringkat umur ini, bayi memerlukan waktu tidur 14 jam hingga 17 jam sehari. Bagi bayi pramatang, masanya mungkin lebih lama.
Manakala bayi 1 hingga 4 minggu masih belum mempunyai internal biological clock (jam biologi) yang membantu menentukan kitaran siang dan malam, justeru corak tidurnya agak tidak seragam ketika ini.
Jangan heran jika bayi umur 1- 4minggu ini ada yang sukar tidur malam. Tetapi masih ada ikhtihar untuk bantu bayi dapatkan tidur yang berkualiti, baca sini.
2. Bayi berumur 4 hingga 11 bulan
Pada peringkat umur ini pula sebaiknya bayi perlukan tidur 12 hingga 16 jam sehari dan ketika umur ini ibu-ibu akan mula nampak keseragaman pada waktu tidur bayi.
Sistem biologi mereka juga sudah mampu menentukan antara siang dan malam. Ketika ini juga bayi sudah mula membiasakan diri untuk tidur 3 kali sehari yang kemudiannya menjadi 2 kali sehari.
3. Anak berumur 2 tahun
Kanak-kanak yang mencapai usia dua tahun harus memiliki pola tidur yang teratur iaitu antara 11 hingga 14 jam sehari termasuk tidur siang.Â
Peringkat umur ini juga anak sudah mula tidur sekali sehari. Anak umur ini sudah pandai bermain. Tetapi jaga-jaga jangan sampai anak lewat tidur pada waktu malam. Tidak baik untuk perkembangan tumbesaran anak. Kesan anak tidak mendapat tidur yang cukup.
4. Anak berumur 5 tahun keatas
Pada peringkat umur ini anak akan mula dapat waktu tidur yang berkurang antara 10 hingga 13 jam sehari termasuk waktu siang. Hal ini kerana anak berumur 5 tahun dan keatas sudah mula mempunyai aktiviti seperti pergi sekolah, mengaji Al-Quran, bermain dan lain-lain.
Mereka perlu mendapatkan waktu tidur yang konsisten supaya tetap bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti keesokannya.Â
Pastikan anak-anak mendapat yang cukup, tidur yang berkualiti penting untuk tumbesaran anak-anak. Nampak seperti mudah tapi jika dipandang remeh waktu tidur anak, memang membahayakan perkembangan si manja.
What do you think?