Peritnya Sakit Buasir Semasa Pantang – Ibu Ini Berkongsi 4 Petua Kecutkan Buasir Tanpa Ubat

Masa mengandung, buasir adalah perkara biasa dan ramai yang mengalaminya. Bagi Ummi, tak malu nak share sebab kalau tidak di rawat segera boleh sebabkan komplikasi sehingga kena pembedahan. Buasir sudah cukup sakit dan jika terpaksa lalui pembedahan, ia tentu lebih menyakitkan bukan?

Berbalik pada buasir. Buasir atau Hemorrhoid terjadi akibat salur venus (veins) membengkak dan mengembang sekitar dubur (rektum dan anus).

Jenis-jenis Buasir

Ada 2 jenis buasir :

Buasir Dalam

Buasir jenis ini boleh berlaku pada bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia memungkinkan rasa sakit dan rasa gatal terutamanya ketika pembuangan air besar. Hujung yang keluar terasa lembut jika dipegang.

Buasir Luar

Buasir jenis ini pula berlaku di bahagian dalam rektum. Buasir jenis ini tidak sakit. Orang yang mengalami akan perasan bila darah keluar semasa meneran buang air besar.

Kenapa boleh terjadi buasir?

Apabila fetus (baby) makin membesar dalam rahim, rahim akan membengkak dan makin menekan salur venus. Tambah-tambah kalau sepanjang mengandung, kita banyak berdiri dan berjalan jauh. Atau ada masalah sembelit. Bila beranak, kita meneran terlalu kuat semasa beranak dan bole memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada.

Ummi alami untuk kedua-kedua kali tempoh kehamilan. Paling teruk anak kedua, kandungan sedikit besar. Bengkak dia sampai nak duduk pun boleh menangis. Tidur pun mengiring dan pernah terjaga sebab sakit tu terbawa-bawa dalam mimpi. Jadi, sepanjang tempoh berpantang. Ummi cuba ubat sapu kat ujung yang keluar tu tapi kerap berulang ke tandas buat ubat tu tak sempat nak berkesan. Ubat Daflon (ubat makan) Ummi tak berani nak ambil sebab pharmacist cakap tidak di galakkan bagi ibu mengandung atau menyusukan anak. Last, klinik bekalkan Ummi krim lignocaine (kebas) untuk tahan sakit. Tapi bukan boleh menyembuhkan.

Tips kecutkan Buasir

Jadi, ummi cuba 4 tips tanpa ubat untuk kecutkan Buasir secara alami

1. Jaga pemakanan

Ummi mengambil makanan yang tinggi kandungan serat. Antaranya, sayur hijau seperti sawi dan juga bayam. Selain itu, bayam mengandungi magnesium yang boleh bantu kendurkan otot2 usus. Chia seed, makanan tambahan yang sememangnya tinggi serat.

Hanya tabur di atas nasik panas atau rendam dalam minuman. Selain buah-buahan dan sayuran hijau. Makanan yang ‘rare‘ sikit, ummi cuba pop corn. Pop corn perisa asli tanpa mentega kerana olahan makanan ini rendah kalori tetapi tinggi khasiat seratnya.

2. Elakkan sembelit

Tak dinafikan, sembelit adalah punca yang paling meyumbang kepada buasir. Untuk elak sembelit, dinasihatkan untuk minum air kosong kerap. Ada juga petua orang dulu yang melarang minum air banyak takut kembang bawah. Jangan risau, air kosong ini tidak memudaratkan.

Boleh minum air sikit-sikit tetapi kerap. Air boleh bantu melembutkan dan melancarkan pergerakan najis dalam. Tambahan lagi, air juga membantu untuk penghasilan susu badan ibu. Selain itu, jangan sesekali tahan berak!. Perbuatan ini boleh mengundang najis dalam rektum akan kering jika dibiar atau ditahan dari terus dibuang. Jangan takut untuk membuang, atasi ketakutan itu.

3. Petua Kampung

Ummi cuba petua kampung. Ceritanya, bila adik Ummi ke kedai, ada seorang Aunty Cina syorkan 1 paket kayu kering yang dah siap campur dengan manjakani. Rebus dan minum. Hanya rm5 je sepeket.

Ummi amalkan minum tu dan tambah keletik kering (maaf, ini tuk berkongsi sahaja jangan ada yang fikir lain). Yang ni pula orang jual ubat-ubat tradisional syorkan. Air rebusan tu rasa sedikit kelat sahaja. Masih sedap untuk ditelan tak seperti ubatan herbal lain yang pahit atau kelat melampau. Senang je nak amal.

4. Sapuan T-Rub Balm Tasneem Naturel

Rutinkan sapuan Trub balm dari Tasneem. Bukan sahaja untuk baby malah sangat sesuai untuk orang dewasa. Trub ini antaranya mengandungi :

  • wildmild: essential oil yang boleh menbantu kendurkan otot2 usus.
  • serai: essential oil yang berfungsi dalam proses penghadaman.
  • halia: essential oil yang merangsang pengeluaran jus gastrik dalam membantu proses penghadaman makanan.

Alhamdulillah. Setelah 2 hari, ummi lupa pasal buasir. Tak sedar bila masa mengecut sebab sakit tu tak terasa. Tahu-tahu laju je bangun duduk. Baru teringat. ‘oh, buasir dah sembuh ek’. Hilang seksa menanggung sakit tu. Semoga ada ibu-ibu kat luar sana boleh cuba semua ikhtiar yang Ummi buat dan terbukti berjaya.

Untuk dapatkan trub balm boleh lah tekan gambar dibawah

Sekian. Coretan perkongsian.
Ummi EL
Bukan senang melahirkan satu lagi nyawa ke dunia ni kan?

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart