Petua hilangkan batuk dan kahak anak bawah setahun secara semula jadi

PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK ANAK BAWAH SETAHUN

Bila anak bawah setahun kena batuk dan diikuti ada kahak, memang merisaukan. Apa tidaknya, anak umur bawah setahun kalau batuk berkahak tidak digalakkan mengambil ubatan. Kecuali atas nasihat doktor. Pengambilan ubatan tanpa nasihat doktor bagi anak bawah setahun boleh membahayakan.

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Jadi apakah jalan penyelesaian bagi anak bawah setahun yang terkena batuk berkahak ini? Anda boleh ikuti petua di bawah untuk atasi masalah ini.

1. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

2. BAWANG PUTIH

Ada 2 cara yang boleh anda lakukan menggunakan bawang putih. Pertama, bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak. Cara kedua, bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

3. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

4. KUNYIT

Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

5. SAPUKAN WAGAS OIL & TEPUKAN PRECUSSION

Kaedah ini saya guna apabila anak saya terkena batuk berkahak. Saya sapukan Wagas Oil pada tapak kaki, sepanjang tulang belakang, dada dan batang hidung anak. Buat urutan lembut pada anak.

Kemudian, saya buat tepukan precussion bertujuan untuk longgarkan kahak yang ada dalam paru-paru anak. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung. 

6. TAMPALKAN NO MORE COUGH RELIEF PATCH

Pelekat ini sesuai digunakan bayi berumur 3 bulan dan keatas sehingga dewasa. Pelekat ini TIDAK SESUAI digunakan dan perlukan persetujuan dari doktor bagi mereka yang ada masalah berikut;

  • G6PD seumur hidup
  • Ibu mengandung
  • Pesakit yang ada kanser paru-paru
  • Pesakit buah pinggang
  • Pesakit jantung
  • Alergik kulit
  • Kegagalan Jantung
  • Kegagalan pernafasan (Respiratory Failure)

Pelekat sangat bagus untuk mereka yang mengalami batuk dan kegatalan tekak. Antara fungsinya ialah melegakan batuk, mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan dan membantu tidur lebih lena bila kita atau anak dalam keadaan selesa tanpa batuk.

AKHIR KATA

Semoga tips ini membantu anda berikhtihar untuk anak anda terutamanya yang berumur bawah setahun. Dan semoga anak-anak anda cepat sembuh dan sihat dengan izin Allah!

Bagi ibu atau ayah yang nak dapatkan No More Cough Patch Relief dan Wagas Oil, boleh dapatkan dari ejen-ejen berdekatan atau boleh terus dapatkan di kedai shopee dibawah ini. Iktihar untuk melihat anak sihat InshaAllah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart