Ibu dan ayah jangan risau, sebenarnya bayi susah tidur atas sebab beberapa perkara. Berikut adalah beberapa kemungkinan

1.Tidak boleh membezakan antara siang dan malam

Selama 9 bulan bayi duduk dalam kandungan ibunya tanpa tahu bila berlakunya malam dan bila berlakunya siang. Jadi ibu jangan risau, kalau melihat bayi malam tidak tidur, siang pula tidur terlalu lama. Sedikit demi sedikit boleh perbaiki pola tidur bayi nanti.

2. Bayi tidak selesa dengan suhu bilik

Sebagian bayi baru lahir sangat peka terhadap suhu. Mereka boleh rasa sangat tidak selesa bila suhu bilik terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Ini menyebabkan bayi tidak boleh tidur dengan lena. Jika tidur pun, mungkin mudah terjaga.

Apa yang ibu boleh buat tengok suhu bilik, jika terlalu panas, pasangkan kipas dan pakaian nipis sahaja kepada bayi. Jika terlalu sejuk pakaikan bayi dengan pakaian yang lebih tebal sedikit.

3. Merasa lapar atau terlalu kenyang

Bayi baru lahir akan kerap bangun untuk menyusu, bayi minum susu tidak terlalu banyak tetapi kerap. Jika bayi terlalu lapar pula, pasti akan membuatkan tak lena tidur malah meragam atau menangis minta susu.

4. Mengalami masalah kesihatan

Bayi juga seperti orang dewasa, jika demam pasti buatkan tidur tak lena. Selain itu, bayi juga mudah kembung perut. Jadi periksa perut bayi dan amalkan sapuan minyak telon yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan bayi ibu ayah kembung perut.

Boleh juga sapukan bayi dengan T-rub Balm Tasneem Naturel.